Resepi Apam Balik Nipis Rangup

Resepi Apam Balik Nipis Rangup - Berikut saya kongsikan kepada anda resepi apam balik yang paling mudah dan anda pasti boleh buat.

resepi apam balik rangup, apam balik rangup, apam balik kecil, apam balik nipis, resepi apam balik, cara buat apam balik rangup

Resepi Apam Balik Nipis Rangup

Bahan-Bahan :

  • ½ cawan gula pasir
  • 1 biji telur
  • 1 ½ cawan air
  • 2 cawan tepung gandum
  • ½ sudu teh soda bikarbonat
  • 1 sudu teh baking powder
  • Pewarna kuning

Bahan Tabur :

  • Gula Pasir
  • Jagung Krim
  • Kacang tanah (ditumbuk kasar)
  • Marjerin

Cara Membuat :

  1. Blend gula dan telur hingga kembang. Masukkan air dan blend lagi.
  2. Masukkan tepung gandum, soda bikarbonat dan baking powder, blend hingga sebati.
  3. Panaskan kuali ‘non stick’ atau sapukan planta sedikit pada acuan apam balik.
  4. Tuang 1 senduk adunan tadi, nipiskan supaya rangup bila masak.
  5. Biarkan seketika, kemudian tabur gula, jagung krim dan kacang dan tutup seketika.
  6. Apabila sudah masak, angkat dan lipat dua. Makan semasa panas lebih sedap dan rangup.

1 Response

  1. sedapnya apam balik makan time musim2 sejuk ni. suka yg nipis rangup tu..dah takde org jual kat sini.nice sharing

    ReplyDelete
Terima kasih kerana sudi baca entri ini dan silakan untuk memberikan komen anda. Kami sangat menghargai pandangan atau komen yang akan anda berikan. Sila berikan komen anda dengan cara yang berhemah kerana saya tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis.

Iklan Atas Artikel
Iklan Tengah Artikel 1
Iklan Tengah Artikel 2
Iklan Bawah Artikel