Resepi Brownies Kukus Cream Cheese

Resepi Brownies Kukus Cream Cheese | Salam sejahtera semua. Ini saya kongsikan kepada anda satu resepi yang ramai orang cari iaitu resepi brownies kukus cream cheese.

Resepi Brownies Kukus Cream Cheese

Resepi Brownies Kukus Cream Cheese

Bahan-Bahan 1

  • 300 gram tepung segera brownies
  • 120 gram minyak jagung atau minyak masak
  • 50 gram coklat cadbury milk atau cooking coklat
  • 4 biji telur
  • 45 gram susu pekat
  • 25 gram gula halus
  • (campurkan semua bahan 1, mix hingga sebati dan gebu)

Bahan-Bahan 2 - Cream Cheese

  • 125 gram cream cheese
  • 50 gram gula halus
  • 50 gram tepung gandum
  • 1 biji telur
  • (campur semua bahan 2, mix atau blend hingga halus sebati)

Cara-Cara

  1. Lapik loyang kukusan dengan plastik dipermukaan bawah loyang
  2. Potong plastik mengikut besar tapak loyang anda
  3. Ambil 3 senduk makan bahan 1, masukkan pada layer pertama
  4. Masukkan pula bahan 2, 1 sudu makan keatas lapisan pertama tadi, buat sehingga habis semua lapisan
  5. Kukus 25 minit hingga masak brownies cream cheese.
  6. Pastikan tudung pengukus anda dibalut dengan kain atau tuala supaya permukaan brownies tidak dimasuki air wap. Selamat mencuba.
Iklan Atas Artikel
Iklan Tengah Artikel 1
Iklan Tengah Artikel 2
Iklan Bawah Artikel