5 Cara Mudah Hilangkan Semut Dalam Beras

Cara Mudah Hilangkan Semut Dalam Beras - Jangan hairan kalau ada banyak semut di beras. Kandungan kalori dan gula dalam nasi boleh mengundang semut untuk datang pada beras.

Senarai Kandungan [Show]

Cara Hilangkan Semut Dalam Beras

Cara Mudah Hilangkan Semut Dalam Beras

Untuk anda yang selalu mengalami perang dengan semut yang di masuk dalam beras, anda boleh guna cara ini untuk menghalau semut.

1. Menjemur di Bawah Sinar Matahari

Salah satu cara menghilangkan semut di beras ialah menjemur beras di bawah sinar matahari yang sangat terik. Suhu panas dari sinar matahari ini akan membuat semut-semut ini lari tunggang-langgang kepanasan.

2. Menggunakan Bunga Cengkih

Bunga cengkih mempunyai aroma yang kuat,dan sangat dibenci oleh semut.

Caranya ialah, tabur bunga cengkih dalam longgokan beras. Biarkan selama beberapa hari. Semut akan segera lari dan tidak akan datang lagi.

3. Menggunakan Daun Limau Purut

Daun limau purut juga mempunyai aroma yang kuat. Bau limau purut yang kuat juga dibenci oleh semut dan boleh kacau deria bau si semut.

Untuk menggunakannya, anda hanya perlu mengoyakkan setiap helaian daun. Kemudian picit sedikit supaya keluar aromanya. Seterusnya, masukkan ke dalam beras.

4. Letakkan kayu manis

Kayu manis juga boleh menghilangkan semut dalam longgokan beras. Caranya sangat mudah, cuma perlu letak beberapa batang kayu manis dalam beras. Kemudian, biarkan kayu manis bekerja sendiri untuk menghalau mana-mana semut sehingga hilang.

5. Guna cili kering

Cili kering juga boleh menjadi bahan semulajadi untuk menghilangkan semut dalam beras. Cili kering juga mempunyai rasa dan aroma yang sangat kuat.

Caranya ialah letak 3-4 tangkai cili kering dan jangan digunting cili tu takut nanti beras rasa pedas.


Itulah lima cara mudah hilangkan semut dalam beras yang anda boleh cuba. Bila semua semut sudah habis, jangan lupa letak beras di tempat yang lebih sesuai. Anda juga boleh menggunakan tips ini untuk halau semut dalam gula.

2 Responses

  1. semua biasa guna kecuali daun limau purut. boleh cuba nanti

    BalasPadam
  2. Nak try petua no 2 dan 4 lah...sebab bahan ada kat dapur...termasuk semut pun ada kat dapur..entah mana datangnya..Terima kasih petua

    BalasPadam

Iklan Atas Artikel
Iklan Tengah Artikel 1
Iklan Tengah Artikel 2
Iklan Bawah Artikel