Cara Ukur Saiz Cincin Yang Betul

cara ukur saiz cincin

Mungkin dengan keadaan sekarang, anda malas pergi kedai emas atau anda lebih memilih membeli cincin secara online tidak kira untuk perhiasan atau pertunangan atau kahwin. Jadi, penting untuk anda mengetahui cara ukur saiz cincin yang paling mudah ini.

Untuk mengukur saiz cincin perempuan dan lelaki ini mudah sahaja. Anda hanya perlu menyediakan beberapa bahan untuk ukur saiz cincin dalam cm dan tentukan saiz menggunakan jadual saiz cincin yang saya sediakan dibawah.

Cara Ukur Saiz Cincin

Berikut merupakan beberapa langkah mudah yang anda boleh lakukan untuk ukur saiz cincin yang sesuai untuk jari anda.

1. Bahan-Bahan Yang Diperlukan

  • Kertas
  • Gunting
  • Pembaris
  • Pen atau pensel

2. Mengukur Saiz Jari

ukur lilit cincin

  1. Potong sedikit kertas.
  2. Lilit pada jari dan pastikan jangan terlalu ketat.
  3. Tandakan dengan pen di hujung kertas yang bertemu.
  4. Ukur kertas dengan pembaris dari hujung ke tanda pen.

3. Tentukan Saiz Cincin

Selepas semak ukurannya dalam cm, semak saiz cincin anda menggunakan gambar jadual dalam cm dibawah.

size cincin cm

Jadi itulah cara ukur saiz cincin yang paling mudah. Tips penting untuk ukur saiz cincin ialah, ukur pada waktu siang kerana pada waktu siang jari mengembang. Semoga bermanfaat.
Iklan Atas Artikel
Iklan Tengah Artikel 1
Iklan Tengah Artikel 2
Iklan Bawah Artikel