8 Khasiat Daun Selom Untuk Kesihatan

8 khasiat daun selom untuk kesihatan yang merupakan tumbuhan yang sangat bernilai tinggi untuk kesihatan.

khasiat daun selom

Oenanthe Javanica ialah nama botani bagi selom. Tumbuhan ini boleh dijumpai hampir seluruh kawasan Asia, terutamanya India, Pakistan, Jepun, Taiwan dan China.

Selom tumbuh liar dikawasan bertanah lembap seperti paya dan tepi sungai. Daun dan batangnya berwarna hijau dan bunganya bersaiz kecil dan berbunga kecil.

Rasa selom yang lemak-lemak dan sedikit pedas memang menambat hati pengemarnya. Ia sesuai dicicah sambal, budu atau cincalok dan dimakan bersama nasi.

Jika dilihat dari segi perubatan, selom adalah sangat bernilai tinggi dan mengandungi 91.6% air, 1.1% protein, 4.4% karbohidrat, 1.0% serabut, 1.5% abu serta 0.4% lemak. Hampir setiap bahagian pokok selom mempunyai fungsi dan nilainya dalam perubatan.

Khasiat Daun Selom

Berikut merupakan antara khasiat daun selom untuk pengetahuan kita bersama.

1. Penawar Demam, Selsema

Air rebusan daun selom jika diminum boleh menjadi penawar demam panas, penyakit kanak kanak, selesema, susah buang air kecil dan kencing bercampur darah.  

2. Mengatasi Malasah Sukar Tidur

Insomnia atau masalah sukar untuk tidur ini mungkin berpunca daripada masalah organ dalaman iaitu hati. Petua zaman dahulu mengesyorkan untuk kerap minum secawan jus daun selom ini kerana ia dapat membantu kita untuk dapat kualiti tidur lebih baik.

3. Melegakan Gigitan Haiwan Berbisa

Daun dan batang selom dapat melegakan gigitan ular atau kala jengking. Caranya cuma, tumbuk lumat daun dan batangnya. Kemudian tampalkan ke tempat yang sakit.

4. Menangani Masalah Bisul

Daun dan batang selom dapat mengurangkan masalah bisul, dan bengkak kerana kanser. Caranya cuma, tumbuk lumat daun dan batangnya. Kemudian tampalkan ke tempat yang sakit.

5. Penawar Sindrom Lebihan Darah

Buah dan biji selom, jika dihancurkan dan ditelan, boleh menjadi penawar kepada sindrom lebihan darah dalam saluran, perangsang buang air kecil serta mengeluarkan angin dalam perut dan usus.

6. Merawat Cirit-Birit

Khasiat daun selom yang seterusnya ialah mampu merawat cirit-birit. Caranya ialah, ambil 10 helai daun selom yang segar, campurkan bersama 2 cawan air. Rebus selama 15 minit dan minum air tersebut ketika suam.

7. Mampu Merawat Kencing Manis

Daun selom juga mampu merawat kencing manis. Ambil lapan helai daun selom segar dan campurankan 3 cawan air panas. Biarkan sejuk dan minum sebelum makan. Amalkan 2 kali sehari untuk hasil yang menakjubkan.

8. Rahsia Awet Muda

Pengambilan daun selom juga merupakan rahsia untuk awet muda. Sekiranya anda mahu kulit anda kelihatan licin dan muda. Amalkan daun selom sebagai ulaman dalam pemakanan harian. Hal ini kerana daun selom mengandungi vitamin yang tinggi yang sangat baik untuk kesihatan kulit.

Itulah antara khasiat tumbuhan selom untuk kesihatan kita. Semoga bermanfaat.
Iklan Atas Artikel
Iklan Tengah Artikel 1
Iklan Tengah Artikel 2
Iklan Bawah Artikel