Resepi Kek Belacan Sarawak (Kukus)

Resepi Kek Belacan Sarawak (Kukus) - Berikut saya kongsikan kepada anda, resepi kek belacan Sarawak (kukus) iaitu bahan-bahan yang digunakan dan cara-cara untuk menyediakannya.

Resepi Kek Belacan Sarawak (Kukus)

Resepi Kek Belacan Sarawak

Bahan-Bahan:

10 biji telur

1 buku buttercup

1 gelas gula

1 tin kecil susu manis

1 tin kecil kaya

100gm serbuk koko

1 paket kecil horlick

1 paket kecil milo

2 gelas tepung gandum

1 botol kecil browning sugar

1 papan coklat masakan (dicairkan)

Cara Penyediaan:

1

Sediakan pengukus dan dipanaskan terlebih dahulu. Sediakan loyang 9' x 9' yang telah dilapik dengan kertas minyak.

2

Pukul gula dan mentega sehingga putih. Kemudian masukkan telur satu persatu. Pukul sehingga kembang.

3

Perlahankan speed mixer, masukkan susu manis dan kaya. Pukul sehingga sebati.

4

Apabila adunan sebati, kemudian masukkan horlick, serbuk koko, milo dan tepung gandum. Pukul lagi sehingga sebati.

5

Setelah itu, masukkan coklat masakan yang telah dicairkan dan akhir sekali masukkan browning sugar. Gaul sehingga rata dan sebati. (Boleh guna mixer saja sebab senang)

6

Setelah adunan sebati, masukkan adunan tersebut ke dalam loyang dan kukus selama 8 jam. Selesai.


Itu resepi kek belacan Sarawak (kukus) yang mudah untuk disediakan dan anda boleh cuba sendiri. Sekian.

0 Response to "Resepi Kek Belacan Sarawak (Kukus)"

Catat Ulasan

Iklan Atas Artikel
Iklan Tengah Artikel 1
Iklan Tengah Artikel 2
Iklan Bawah Artikel