Resepi Mashed Potato Ala KFC

Kalau pergi KFC, mashed potato antara makanan yang paling digemari. Jadi apa kata kalau cuba buat sendiri di rumah.

Berikut saya kongsikan kepada anda, resepi mashed potato ala KFC yang paling mudah dan anda boleh cuba buat sendiri.

Resepi Mashed Potato Ala KFC

Bahan-Bahan Mashed Potato

8 biji kentang

1 kotak kecil susu segar

Sedikit butter (anggaran 2-3 sudu besar)

Secukup rasa serbuk lada hitam dan lada sulah

 

Cara-Cara Penyediaan Mashed Potato

1

Kentang dikupas kulitnya dan dipotong.

2

Masukkan kentang ke dalam periuk dan rebus dengan air yang secukupnya sehingga kentang tenggelam (rebus dalam masa lebih kurang 10 hingga 15 minit dengan api sederhana).

3

Bila kentang sudah empuk, toskan air.

4

Masukkan sedikit butter dalam kentang dan lenyek.

5

Masukkan lada sulah dan lada hitam mengikut citarasa (kalau nak pedas boleh letak lebih).

6

Tuangkan susu sikit demi sedikit (ikut citarasa sebab fungsi susu ini untuk buat mashed potato rasa berlemak dan gebu) dan lenyek lagi sehingga rata.


Bahan-Bahan Sos (Gravy)

1 labu bawang besar (dadu)

2 ulas bawang putih (dadu)

4 sudu butter

2 sudu tepung gandum @ jagung

2 kiub ayam

Lada hitam dan sulah

2 1/2 cawan air

 

Cara-Cara Penyediaan Sos (Gravy)

1

Cairkan butter dalam kuali dan tumiskan bawang (api sederhana). Biarkan dia bertukar warna sedikit perang (warna caramel).

2

Masukkan tepung gandum/ jagung kacau terus ye sehingga tepung jadi warna coklat atau sehingga warna sos yang korang suka.

3

Masukkan air (sikit-sikit sambil kacau) dan kacau sehingga sebati. Tutup api masuk blender dan blend sampai semua hancur. Seterusnya, masak balik atas api sederhana.

4

Masukkan kiub ayam dan juga masukkan sekali lada hitam dan lada sulah secukup rasa mengikut citarasa.

5

Kalau kuah terlalu pekat, tambahkan lagi sedikit air.

6

Kacau sehingga rata dan tutup api. Jika sos kentang putar berketul, masukkan sos ke dalam blender dan blend sampai tak berketul.

Kredit: Ciklyns kitchen

Itulah resepi mashed potato ala KFC yang anda boleh cuba. Sekian.

0 Response to "Resepi Mashed Potato Ala KFC"

Catat Ulasan

Iklan Atas Artikel
Iklan Tengah Artikel 1
Iklan Tengah Artikel 2
Iklan Bawah Artikel