Belajar Bahasa Sabah Dengan Mudah

Belajar bahasa Sabah atau loghat Sabah yang selalu digunakan dalam perbualan harian orang Sabah ini sangat mudah dan menarik untuk dipelajari.

Belajar Bahasa Sabah

Bahasa Sabah atau loghat Sabah tidak sama dengan Bahasa Indonesia walaupun bunyi macam sama. Bahasa Sabah banyak dipengaruhi oleh bahasa Kadazan, Dusun, Bajau, Tausug, Murut, Tagalog.

Bahasa Sabah juga berbeza ikut kawasan contohnya yang di Papar, Beaufort, Kuala Penyu, Sipitang dipengaruhi oleh bahasa Brunei, manakala yang di pantai timur seperti Sandakan, Tawau, Semporna, Lahad Datu dipengaruhi oleh bahasa Bugis, Sulu, Tausug dan Tagalog.

Belajar Bahasa Sabah

Buat anda yang mahu belajar atau tahu serba-sedikit bahasa atau loghat Sabah, ini saya kongsikan beberapa perkataan yang anda boleh belajar.

Bahasa Melayu

Loghat Sabah

Lalu

Limpas

Sengal

Sot

Kau

Ko

Pergi

Pigi

Senget

Miring/biut

Nak

Mau

Punggung

Pantat

Pukul

Antam

Buruk

Bida

Membuat

Bikin

Cakap/berkata

Bilang

Basi

Bangas

Bodoh

Budu

Tipu

Buyuk

Awek

Cewek

Tidak teratur

Cincai

Pinggan kecil

Cuik

Mereka

Diorang

Calar

Garit

Kereta sorong

Gerobak

Pukul

Hambat

Hari kelmarin dulu

Itu hari/tuari

Tandas

Jamban

Sauh kapal

Jangkar

Kepit

Jepit

Serik

Jerak

Buah betik

Kepayas

Elektrik

Karan

Bagi

Kasi

Beritahu

Kasi tau

Diketahui

Kedapatan

Semalam

Kemarin

Kelmarin

Kemarin dulu

Marah

Kencang

Pukul ramai-ramai

Keroyok

Baring

Limpang

Tak tentu arah

Lugai-lugai

Barangkali

Mengkali

Tidak

Endak/indak

Sesuai, muat

Ngam

Minuman sejuk ditambah ais

Ping

Pinggan

Piring

Seluar dalam

Pistak

Pukimak

Pukitai

Sial, jahanam

Pukindet, pukimbet (ayat sabah bila marah)

Jala

Rambat

Teruk

Sandi

Lembu

Sapi

Malam tadi

Semalam

Rokok

Sigup/rukuk

Celaka

Silaka

Letak

Simpan

Syok

Siuk

Buka puasa

Sungkai

Lihat, tengok

Tinguk

Bekas tupperware

Toples

Sudu

Senduk


Anu Dalam Bahasa Sabah
Bah Dalam Bahasa Sabah

Semoga perkongsian mengenai belajar bahasa Sabah dengan mudah ini bermanfaat dan dapat memberikan serba sedikit pengetahuan baru kepada anda.
Iklan Atas Artikel
Iklan Tengah Artikel 1
Iklan Tengah Artikel 2
Iklan Bawah Artikel