Cara Download Video Facebook Tanpa Aplikasi

Cara Download Video Facebook

Banyak video menarik di Facebook seperti video lucu, video pendidikan dan banyak lagi. Mesti ramai pengguna yang mahu download video tersebut tetapi kurang tahu bagaimana caranya.

Dalam artikel ini, saya akan kongsikan kepada anda dua cara yang paling mudah untuk download video facebook tanpa menggunakan aplikasi.

Cara Download Video Facebook

Berikut merupakan dua cara yang boleh digunakan untuk download video dari Facebook.

1. Menggunakan laman web untuk download

  1. Buka akaun Facebook anda, cari video yang ingin anda download.
  2. Klik ikon 'Tiga Titik' di bahagian atas sebelah kanan.
  3. Klik 'Copy Link/Salin Pautan'.
  4. Buka laman web di mana anda boleh memuat turun video Facebook (seperti Fbdownloader.net, DreDown.com dan SaveFrom.net).
  5. Paste / Tampal pautan dalam kotak yang disediakan.
  6. Kemudian klik download.

2. Mengubah link

  1. Buka Facebook.com di browser.
  2. Kemudian cari video yang ingin didownload dan buka.
  3. Copy URL video.
  4. Paste URL yang sudah dicopy tadi di tab baru
  5. Kemudian, ubah 'www' pada url tersebut menjadi 'mbasic.'
  6. Contoh: https://www.facebook.com/watch/?v=123456789 ubah bahagian www menjadi mbasic. Hasilnya menjadi https://mbasic.facebook.com/watch/?v=123456789.
  7. Selepas itu, buka lah url tersebut.
  8. Secara automatik video tersebut akan didownload.

Itulah dua cara yang sangat mudah untuk anda lakukan untuk download video dari Facebook. Kalau anda mahu download video dari Facebook dengan kualiti yang tinggi, anda boleh menggunakan Google Extension seperti Wise Video Downloader.


Semoga bermanfaat.
Iklan Atas Artikel
Iklan Tengah Artikel 1
Iklan Tengah Artikel 2
Iklan Bawah Artikel