5 Resepi Ayam Goreng Yang Wajib Anda Cuba

Koleksi resepi ayam goreng yang paling rangup dan paling simple untuk disediakan yang wajib untuk anda cuba masak sendiri di rumah.

Ayam goreng merupakan salah satu makanan kegemaran ramai orang terutamanya bagi kanak-kanak. Selain rasanya yang enak dan rangup, ayam goreng juga senang untuk dimasak dan disediakan.

Oleh itu, dalam artikel ini saya kongsikan kepada anda 5 resepi ayam goreng yang mudah untuk disediakan dan sudah pasti yang paling rangup dan sedap.

1. Resepi Ayam Goreng Mamak

resepi ayam goreng mamak

Bahan-bahan
  • 1 ekor ayam
  • 6 sudu makan tepung jagung
  • 6 sudu makan tepung beras
  • 3 tangkai daun kari (dua tangkai tumbuk kasar, satu tangkai letak sahaja dalam tu)
  • 2 sudu makan rempah kari ikan babas
  • 2 sudu makan rempah kari ayam babas
  • Garam secukup rasa
  • 1 biji telur ayam
Bahan Untuk Dikisar
  • 6 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 10 tangkai cili kering (rebus dulu)
  • 1 sudu makan serbuk lada sulah (tiada pun boleh)
Cara-Cara
  1. Perap ayam dengan bahan kisar, tepung jagung, tepung beras, rempah kari dan daun kari, garam dan telur selama 1 jam atau semalaman simpan dalam peti ais.
  2. Panaskan minyak dan goreng ayam hingga masak (api jangan terlalu besar)
Credit : aisyahkmrlzmn

2. Resepi Ayam Goreng Rangup

resepi ayam goreng rangup

Bahan-Bahan
  • Tepung ayam jenama Bestari (tak kisah lah korang mahu guna perasa apa pun)
  • Tepung gandum
  • Tepung beras
  • AyamMinyak untuk menggoreng
Cara-Cara
  1. Mula-mula perap dulu ayam dengan tepung bestari. Perapan tu tidak boleh terlalu pekat atau terlalu cair. Kena betul-betul cantik bersalut pada ayam tu sekata. Perap dalam 15-30 minit.
  2. Kemudian sediakan tepung untuk salutan kering. Tepung bestari + tepung gandum + tepung beras.
  3. Panaskan minyak. Tunggu minyak betul-betul panas, kemudian kecik kan api.
  4. Celup ayam tu seketul-sekeutl dalam tepung kering yang sudah bercampur tu.
  5. Masukkan terus dalam minyak panas tadi. Biarkan semua ayam tenggelam dalam minyak.
  6. Ok, disini api kena jaga. Bila ayam sudah masuk semua, suhu minyak akan menurun kan. Jadi besarkan balik api. Bila minyak sudah mula panas, kecik kan balik api tu. Ayam kena sentiasa balik balikkan baru masak cantik sekata warnanya.
  7. Proses menggoreng dalam 20minit. Ikut size ayam. kalau kecil 15, minit cukup.
Kredit: nor haidah md said

3. Resepi Ayam Goreng Berempah

resepi ayam goreng berempah

Resepi ini menggunakan sukatan bagi seekor ayam.

Bahan-Bahan
  • 10 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 2 sudu besar rempah kari ayam
  • 1 sudu besar serbuk cili
  • 3 tangkai daun kari
  • 1 sudu besar serbuk lada putih
  • 2 biji telur
  • Garam secukup rasa
  • 1/2 sudu kecil serbuk pasti sedap
  • 1 senduk tepung gandum
  • Tepung beras sedikit
Cara-Cara
  1. Kisar/ tumbukkan bawang putih, halia sehingga lumat.
  2. Kemudian campurkan rempah kari, serbuk cili, serbuk lada putih, daun kari, telur, serbuk pasti sedap & adunkan hingga sebati.
  3. Setelah sebati, masukkan tepung beras untuk disalutkan pada ayam.
  4. Akhir sekali, masukkan ayam yang telah dipotong kepada 12 bahagian, gaul bersama bahan tersebut.
  5. Perap semalam.
  6. Boleh digoreng seperti biasa dengan api perlahan agar salutan ayam tadi tidak hangus.

4. Resepi Ayam Goreng Ala KFC

resepi ayam goreng ala kfc

Bahan-Bahan
  • 1 ekor ayam (dipotong ikut suka)
  • 3 biji telur (dipukul)
  • 1 cawan beras (ditumbuk halus)
  • Sedikit garam
Bahan Digiling Halus
  • 1 sudu teh jintan manis
  • 1 sudu teh jintan putih
  • 1 sudu teh lada hitam
  • 1 sudu teh ketumbar
Cara-Cara
  1. Gaulkan ayam dengan bahan-bahan yang telah digiling, perapkan selama 1/2 jam.
  2. Celupkan ke dalam telur, kemudian digolekkan ke atas beras yang telah ditumbuk halus.
  3. Panaskan minyak dengan api sederhana dan gorenglah hingga masak.

5. Resepi Ayam Goreng Berlada

resepi ayam goreng berlada

Bahan-Bahan
  • Kepak ayam (dibersihkan, dicuci dan ditoskan)
Bahan Untuk Dikisar Halus
  • 15 tangkai lada kering (direndam air panas supaya lembut)
  • 1 sudu teh penuh lengkuas hiris
  • 1 sudu teh penuh halia hiri
  • 1 batang serai (dihiris)
  • Beberapa camca air (jika guna pengisar) untuk memekatkan bahan rempah
Bahan-Bahan Lain Berkaitan
  • 1 sudu teh rata serbuk kunyit (dicampur dengan bahan kisar diatas)
  • Minyak utk menumis
  • Garam secukup rasa
Cara-Cara
  1. Kelar kepak ayam supaya perencahnya dapat diserap. Lipatkan bahagian hujung kepak ayam ke bawah, seperti bentuk tiga segi (supaya kepak ayam tidak mengembang keluar semasa digoreng).
  2. Lumurkan kepak ayam dengan bahan-bahan kisar, dan perap selama 15-20minit.
  3. Panaskan minyak. Setelah minyak pejar, kecilkan apinya, biar sederhana.
  4. Goreng kepak ayam hingga garing. Angkat dan toskan.
Semoga bermanfaat. Sekian.
Iklan Atas Artikel
Iklan Tengah Artikel 1
Iklan Tengah Artikel 2
Iklan Bawah Artikel