Punca Dan Cara Mengatasi Kucing Cirit-Birit

Punca dan cara mengatasi kucing cirit-birit yang perlu anda tahu untuk menjaga kesihatan kucing anda dengan baik.

cara mengatasi kucing cirit-birit

Kucing yang mengalami cirit-birit sudah tentu membuatkan kita sangat risau. Perkara yang sering terlintas di fikiran adalah untuk segera membawa kucing ke doktor haiwan untuk rawatan.

Tetapi, jika kucing anda mengalami cirit-birit, anda tidak perlu segera membawanya ke doktor haiwan kerana anda boleh cuba merawat kucing sendiri dengan beberapa cara.

Dalam artikel ini, saya akan kongsikan kepada anda punca penyebab kucing mengalami cirit-birit dan juga cara untuk mengatasinya.

Punca Kucing Cirit-Birit

Sebelum itu, kita perlu ketahui punca kucing cirit-birit iaitu:
  1. Terlebih makanan
  2. Makanan tidak sesuai
  3. Susu lembu
  4. Minum air tidak bersih
  5. Keracunan
  6. Parasit usus (Cacing)

Cara Mengatasi Kucing Cirit-Birit

Jom kita ketahui cara yang boleh mengatasi kucing cirit-birit.

1. Ganti makanan kucing

Salah satu punca kucing cirit-birit adalah tidak sesuai dengan makanan yang kita berikan. Oleh itu, salah satu cara untuk merawat cirit-birit kucing adalah dengan menukar menu makanan.


2. Serat

Beberapa jenis cirit-birit kucing boleh sembuh dengan diet rendah serat atau makanan yang mudah dicerna. Cari produk dengan kadar serat kasar sebanyak tiga peratus yang mampu membantu memulihkannya.

3. Air yang cukup

Kucing yang mengalami cirit-birit perlu minum air dalam jumlah yang mencukupi bagi mengelak dehidrasi. Isi mangkuk dengan air bersih dan segar yang diletak bersebelahan makanannya agar ia lebih tertarik untuk minum air.

4. Probiotik

Bakteria baik dalam usus diperlukan untuk penghadaman yang normal. Suplemen probiotik dapat membantu mengembalikan kehadiran bakteria ke dalam usus kucing.

5. Ubat pencegah cirit-birit

Anda boleh beli ubat pencegah cirit birit kucing dan memberikan kucing anda makan. Kebanyakan ubat cirit-birit untuk kucing selamat digunakan.

6. Memberi tempe

Tempe juga boleh menjadi ubat untuk cirit-birit kucing. Untuk memprosesnya, rebus tempe dahulu. Anda boleh berikan rebusan tempe atau campurkan dengan makanan kucing.

Diharap dengan punca dan cara mengatasi kucing cirit-birit ini dapat membantu anda menyelesaikan masalah kesihatan kucing anda.
Iklan Atas Artikel
Iklan Tengah Artikel 1
Iklan Tengah Artikel 2
Iklan Bawah Artikel