3 Resepi Biskut Suji Paling Sedap

Resepi Biskut Suji

Disini saya kongsikan 3 jenis resepi biskut suji yang paling popular dan mudah. Resepi biskut suji mudah, resepi biskut suji brunei dan resepi biskut suji arab.

Klik senarai kandungan di bawah untuk anda dibawa terus kepada resepi biskut suji mudah, resepi biskut suji brunei dan resepi biskut suji arab
Senarai Kandungan [Show]

Resepi Biskut Suji Mudah

Resepi Biskut Suji Mudah

Bahan-bahan :

  • Tepung gandum 2 cawan (ayak dulu ok)
  • Minyak Sapi 1 cawan
  • Gula halus 1 cawan
  • Susu tepung 1/2 cawan
  • Paper cup secukupnya
  • Gula icing untuk tabur atas biskut

Cara penyediaan :

  1. Satukan gula, minyak sapi pukul manja-manja bagi sebati.
  2. Masukkan tepung gandum dan tepung susu.
  3. Gaul rata smpai jadi doh lembut.
  4. Bentuk bulat-bulat masuk dalam paper cup.
  5. Susun dalam loyang.
  6. Bakar dalam 160'c api atas bawah.
  7. 20 minit sudah masak @ biskutnya sudah nampak sedikit merekah sudah masak lah tu.
  8. Sejukkan.
  9. Sudah sejuk baru tabur gula icing.
  10. Selesai.
Kredit Resepi : habsah ngah

Resepi Biskut Suji Brunei

Resepi Biskut Suji Brunei

Bahan-bahan :

  • 370 gram tepung gandum
  • 200 gram minyak sapi Gheeblend
  • 100 gram shortening
  • 150 gram gula kastor
  • 100 gram cornflakes kisar halus
  • 1 biji kuning telur 
  • 80 gram  tepung suji
  • 50 gram tepung jagung

Bahan salut :

  • 3/4 cawan nestum kisar halus
  • 1/4 cawan susu tepung
  • 1 sdb gula aising

Cara penyediaan :

  1. Putar minyak sapi, shortening dan gula halus hingga sebati.
  2. Masukkan kuning telur dan putar sebati.
  3. Slowkan mixer, masukkan suji, tepung jagung, cornflakes kisar dan tepung gandum sikit² hingga menjadi doh.
  4. Bulat²kan dan susun dalam loyang.
  5. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170c  selama 25 minit
  6. Dah siap bakar biarkan sejuk sikit golekkan biskut ke dalam adunan bahan salut yang dah dicampur.
Kredit Resepi : Rozmaliza Omar

Resepi Biskut Suji Arab

Resepi Biskut Suji Arab

Bahan-bahan :

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan gula halus
  • 1 cawan minyak ghee @ sapi
  • Susu tepung utk golekkan biskut (optional)

Cara penyediaan :

  1. Satukan tepung dan gula.
  2. Kemudian masukkan minyak ghee sedikit2 sehingga adunan boleh di uli atau dibentuk.
  3. Bentukkan bulat dan susun dalam tray pembakar.
  4. Jika suka boleh hiaskan dengan ceri merah / hijau di tengah2nya & golekkan dgn susu tepung.
  5. Bakar selama 25-30 minit dalam suhu 170 darjah C.
Kredit Resepi : Resipi Dapur Bidadari
Iklan Atas Artikel
Iklan Tengah Artikel 1
Iklan Tengah Artikel 2
Iklan Bawah Artikel