Maksud Warna Baju Banduan Di Malaysia

Maksud Warna Baju Banduan

Sebagai pengetahuan, terdapat beberapa warna pakaian untuk tahanan polis dan banduan di mana setiap warna membawa maksud tertentu.

Baju itu bermaksud peringkat hukuman dan berdasarkan jenayah/kesalahan yang mereka lakukan. Dalam artikel ini saya akan kongsikan kepada anda jenis warna baju banduan dan maksud disebalik warna baju banduan tersebut.

Jenis Warna Baju Banduan Dan Maksud

Berikut merupakan maksud disebalik warna baju banduan di negara kita Malaysia.

1. Maksud Baju Banduan Warna Ungu

Baju ungu adalah untuk tahanan reman. Orang Kena Tuduh (OKT) yang sedang menjalani proses perbicaraan mahkamah. Selagi hukuman tidak diputuskan, mereka akan kekal direman kecuali jika dijamin. Ada juga penghuni yang tiada peruntukan jaminan atas pendakwaan kes-kes yang berat dimahkamah.

2. Maksud Baju Banduan Warna Putih

Baju dan seluar putih diperuntukkan kepada banduan yang menjalani hukuman singkat dibawah tempoh 6 bulan atas pelbagai kesalahan yang disabitkan oleh mahkamah. Mereka perlu mengikuti program kesedaran dan pemulihan yang dilaksanakan oleh Jabatan Penjara Malaysia sebelum dibebaskan.

3. Maksud Baju Banduan Warna Merah

Bagi penghuni penjara yang menjalani hukuman lama (6 bulan ke atas), merah adalah warna baju peringkat pertama. Ia juga disebut peringkat ‘kolar merah’. Mereka perlu memakainya selama tempoh 3 bulan dan mengikuti program pemulihan yang dinamakan Program Permodalan Insan (PPI). Ia bermula dengan Fasa Orientasi dan perlu memenuhi kriteria yang ditetapkan sebelum  ke Fasa yang seterusnya.

4. Maksud Baju Banduan Warna Hijau

'Kolar hijau' adalah peringkat kedua yang akan dipakai selepas 3 bulan sehingga 18 bulan (1 tahun, 6 bulan) menghuni penjara. Kebanyakan mereka menjalani program (PPI) Fasa 2. Ia adalah Fasa Pengukuhan Sahsiah yang mengandungi 2 bahagian pembelajaran dinamakan ‘Halaqah’ untuk agama dan ‘Therapeutic Community’ untuk terapi kemasyarakatan.

5. Maksud Baju Banduan Warna Biru

Peringkat ‘kolar biru’ pula adalah mereka yang telah menghuni lebih 18 bulan. Dikalangan ‘kolar biru’ ini adalah mereka yang menjalani hukuman lama termasuk ‘banduan seumur hidup’ dan ‘banduan hayat’. Mereka telah menghabiskan fasa pembelajaran PPI dan layak untuk bekerja di bengkel-bengkel yang disediakan di dalam penjara.

6. Maksud Baju Banduan Warna Hijau Florescent

Peringkat ‘hijau terang’ atau ‘hijau florescent’ merujuk kepada banduan ‘Pra-Bebas’. Mereka asalnya memakai baju merah, hijau atau biru. Mereka terdiri daripada penghuni yang mempunyai baki hukuman kurang 3 bulan sebelum dibebaskan dan dipilih bekerja di kawasan luar persekitaran penjara dibawah seliaan pegawai penjara. Banduan yang bekerja dibawah Program Pemulihan Pemasyarakatan juga memakai warna baju yang sama.

7. Maksud Baju Banduan Warna Putih Dengan Kolar Dan Lengan Merah

Tidak keterlaluan untuk dikatakan bahawa peringkat baju ini amat digeruni semua. Mereka yang memakainya dikategorikan sebagai ‘banduan akhir’ (BA). Mereka adalah penghuni yang sedang dalam proses sama ada untuk menjalani hukuman gantung atau menunggu keputusan rayuan Mahkamah Agong agar dikurangkan ‘hukuman mati’ kepada ‘hukuman hayat’.

8. Maksud Baju Banduan Warna Oren

Belum dikategori banduan. Ia baju lokap polis dan masih dibawah tahanan polis sepenuhnya. (OKT).


Itulah maksud disebalik warna baju banduan di Malaysia. Saya berharap perkongsian ini dapat memberikan pengetahuan baru dan bermanfaat buat anda semua. Sekian.
Iklan Atas Artikel
Iklan Tengah Artikel 1
Iklan Tengah Artikel 2
Iklan Bawah Artikel