Cara Semakan Saman Polis Trafik dan JPJ 2024

Cara untuk membuat semakan saman atau check saman secara online dan panduan untuk membayar saman trafik online.

semakan saman

Kini kita tidak perlu lagi bersesak beratur panjang-panjang di kaunter saman semata-mata untuk membuat bayaran saman.

Kerana kita bukan sahaja boleh check saman, tetapi kita juga kini boleh membuat pembayaran saman secara online sahaja.

Antara jenis saman yang boleh disemak online ialah:
  • Saman PDRM (Polis Diraja Malaysia)
  • Saman JPJ (Jabatan Pengangkutan Jalan) - Saman JPJ ialah rekod notis/saman akan diwujudkan ke atas pemandu atau pemilik kenderaan yang melakukan kesalahan jalan raya.
  • Saman Automated Enforcement System (AES) - Saman AES ialah satu sistem pengesanan dan merakam secara automatik kesalahan lalu lintas menggunakan alat pengesan yang dipasang di atas jalan dan perakam imej kesalahan menggunakan kamera (gambar dan video)

Cara Semak Saman Online

Berikut merupakan cara-cara untuk membuat semakan saman secara online.

Semak Saman Menggunakan MyEG

MyEG menawarkan servis untuk menyemak saman trafik PDRM, JPJ, AES dengan mudah. Anda juga boleh menggunakan servis MyEG untuk menghantar notifikasi pada alamat email anda sekiranya anda mempunyai saman baru.

Cara menyemak saman menggunakan servis MyEG adalah seperti berikut:
  1. Layari laman web rasmi MyEG
  2. Login menggunakan butiran yang telah anda daftarkan sebelum ini (untuk pendaftaran buat kali pertama anda perlu klik butang ‘CREATE ACCOUNT’ untuk menggunakan servis di MyEG)
  3. Klik pautan e-Services dan pilih anda ingin semak saman PDRM, JPJ, atau AES
  4. Jika ingin membuat pembayaran anda boleh teruskan kepada pembayaran online

Semak Saman Menggunakan Portal Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)

Anda tidak perlu mendaftar untuk menyemak saman di laman portal rasmi JPJ, hanya perlu isikan no kad pengenalan dan no kenderaan sahaja.

Cara menyemak saman di portal rasmi JPJ:
  1. Bukan laman web https://www.jpj.gov.my/web/main-site/semakan-saman
  2. Di bahagian "Senarai Perkhidmatan’ klik pada pautan ‘Semakan Saman JPJ dan AES"
  3. Kemudian pilih sama ada ingin memasukkan nombor ID sahaja atau nombor ID dan nombor kenderaan
  4. Klik butang "Semak"
  5. Sistem akan memaparkan laporan saman sekiranya anda mempunyai saman JPJ / AES

Semak Saman Menggunakan Perkhidmatan Sistem "RILEK"

Cara menyemak saman menggunakan servis "RILEK" ialah seperti berikut:
  1. Layari laman web RILEK - https://www.rilek.com.my/
  2. Anda perlu membuat pendaftaran baru untuk pertama kali dan login menggunakan nama serta kata laluan
  3. Klik pada menu dropdown "Search By" dan pilih kaedah semakan
  4. Seterusnya masukkan maklumat yang diperlukan dan tekab butang "Next"
  5. Pembayaran saman boleh dibuat tapi hanya untuk perbankan internet Maybank, RHB dan CIMB

Semak Saman Menggunakan Sistem (SSO) PDRM

Cara semak saman menggunakan sistem SSO:
  1. Buka laman web rasmi SSO - https://sso.rmp.gov.my/
  2. Buat pendaftaran untuk pengguna baru atau log masuk untuk pengguna sedia ada
  3. Setelah log masuk, klik pada ikon "Status Saman"
  4. Semakan saman boleh dibuat dengan menggunakan no kad pengenalan atau no kenderaan

Cara Semak Saman Menggunakan SMS

Berikut merupakan cara-cara untuk membuat semakan saman secara SMS.

Semakan Saman Polis Menggunakan SMS

  1. Taip POLIS SAMAN<jarak>No. Kenderaan
  2. Hantar ke 15888
  3. Contoh: POLIS SAMAN ABC1234
ATAU
  1. Taip POLIS SAMAN<jarak>No. Kad Pengenalan
  2. Hantar ke 15888
  3. Contoh: POLIS SAMAN 654321870912

Semakan Saman JPJ Menggunakan SMS

  1. Taip JPJ Saman<jarak>No. KP
  2. Hantar ke 15888
  3. Contoh: JPJ Saman 654321870912
ATAU
  1. Taip JPJ Saman<jarak>No. Kenderaan
  2. Hantar ke 15888
  3. Contoh: JPJ Saman DEF5678
Anda boleh membuat bayaran saman JPJ di tempat berikut:
  • Mana-mana Pejabat JPJ Negeri, Cawangan dan Pejabat Kecil JPJ.
  • Melalui perkhidmatan e-Services.
Semoga dengan artikel semakan & bayar saman PDRM, JPj & AES ini dapat memberikan maklumat kepada anda. Sekian.
Iklan Atas Artikel
Iklan Tengah Artikel 1
Iklan Tengah Artikel 2
Iklan Bawah Artikel