Main Game Masak-Masak Secara Percuma Di Culinaryschools.org


Salam sejahtera semua, terutamanya bagi kanak-kanak perempuan pasti permainan masak-masak adalah permainan yang banyak dimainkan ketika zaman kanak-kanak.

Seiring dengan perkembangan teknologi yang semakin meluas, semakin banyak permainan yang kini kita boleh mainkan secara online. Tidak kira ianya ditawarkan secara berbayar atau percuma.

Untuk pengetahuan semua, dalam artikel ini saya akan kongsikan kepada anda sebuah laman web yang anda boleh main game masak-masak secara percuma secara online. Laman web yang saya maksudkan ialah culinaryschools.org.

Culinaryschools.org ini menawarkan koleksi lebih 150 permainan dalam talian untuk membantu membiasakan kanak-kanak dengan makanan, bertani, memasak, seni kulinari, perniagaan restoran dan kerjaya yang berkaitan dengan perhotelan.

Lagi menarik tiada satu pun daripada permainan dalam laman web tersebut mengandungi sebarang iklan jadi memang seronok lah bermain tanpa gangguan sebarang iklan. Seterusnya, semua permainan yang diterbitkan menggunakan reka bentuk web HTML5 yang mesra mudah alih dan desktop.

Antara kategori permainan yang anda boleh mainkan di Culinaryschools.org ialah:
  • Cooking and Kitchen Work - track multiple tasks in the kitchen and learn how to follow a basic recipe
  • Food Education Games - learn about healthy foods versus unhealthy foods & recycle waste
  • Serving Eaters - make sandwiches or play a waiter
  • Farming - familiarizes players with farms, farm animals and farming.
  • Other Fun Food-themed Games
Untuk lain-lain permainan masak-masak itu ialah seperti dibawah ini:
  • Arcade Classic Games - Fruit Snake, Airport Rush, Food Delivery Rush
  • Platform Games - Candy Girl Adventure, Fruit Adventure, The Greedy Chef & more
  • Music Games - make noise or music with Tom & Jerry
  • Glass Filling Games - Happy Filled Glass, all 3 Filled Glass games, Fruit Splash, Liquid Orange
  • Physics Puzzle Games - Candy Pig, Milk for Cat, Cut for Cat, Jelly in Portal, Mortar Watermelon
  • Slicing Games - Cut Fruit, Fruit Slasher, Fruit Boom & more
  • Memory & Matching Games - Fruit Memory, Sweet Memory & more
  • Mahjong Games - Mahjong Solitaire & Mahjong Connect
  • Paint by Number Games - simple pixelated nonograms
  • Logic Puzzle Games - Fruit Tiles & Plumber Soda logic puzzles
  • Match 3 Games - Candy Fiesta, Donuts, Ice Cream Frenzy & more
  • Idle Games - Merge Cakes, Pancake Pileup, Spaghetti, Mummy Candies & more
Memang banyak sangat pilihan permainan masak-masak yang anda boleh cuba di laman web Culinaryschools.org.

Game Paling Menarik Di Culinaryschools.org

Berikut adalah 2 game yang menarik di laman web Culinaryschools.org yang saya sudah cuba sendiri.

1. Running Pumpkin


Permainan Running Pumpkin sangat seronok dan mudah untuk dimainkan. Hanya perlu menggunakan 3 button keyboard iaitu Z untuk baling pisau, X untuk terbang dan SPACE untuk lompat. Cara permainannya macam game super mario.

Memang seronok tapi kalau mati atau kalah kena ulang main dari awal. Memang try hard habis untuk dapat score yang tinggi. Saya cuma sampai 1000 score sahaja walaupun berulangkali buat percubaan untuk pecahkan highscore.


2. Burger Now


Permainan Burger Now ini pun seronok dan mudah juga untuk dimainkan. Hanya perlu siapkan order para pelanggan yang datang untuk beli burger. Tetapi perlu cepat supaya pelanggan tidak lari. Game ini memberi pengajaran, jika kita buat sesuatu perniagaan, kita perlu pastikan semuanya berjalan dengan cekap agar dapat memberi kepuasan kepada pelanggan.


Jadi rasa bosan, anda bolehlah cuba untuk main game di culinaryschools.org. Kalau ada anak-anak atau adik-adik yang masih kanak-kanak lagi menarik kalau main sama-sama dengan diorang.

Semoga bermanfaat. Sekian.
Iklan Atas Artikel
Iklan Tengah Artikel 1
Iklan Tengah Artikel 2
Iklan Bawah Artikel