8 Syarikat Insurans Kereta Terbaik di Malaysia 2024

syarikat insurans kereta

Melakukan perbandingan syarikat insurans merupakan satu perkara penting yang perlu anda pertimbangkan ketika mahu melakukan pembaharuan insruans. Hal ini penting memastikan anda mendapat perlindungan maksimum pada harga yang terbaik.

Dalam artikel ini, saya akan kongsikan kepada anda senarai syarikat insurans kereta yang paling terbaik di Malaysia untuk anda buat perbandingan.

Syarikat Insurans Kereta

Jom kita lihat beberapa senarai syarikat insurans kereta yang ada di Malaysia.

1. Allianz

Allianz Malaysia Insurance Group adalah sebahagian dari Allianz Malaysia Berhad. Berpandukan pengetahuan insurans yang mendalam dan juga pelanggan di seluruh dunia, Allianz berkembang menjadi salah satu syarikat insurans kenderaan bermotor terbesar di Malaysia. Dengan 140,000 staf di lebih 70 buah negara, Allianz menyediakan salah satu liputan komprehensif dalam dunia insurans kereta di Malaysia.

2. Tokio Marine

Tokio Marine memulakan operasi di Malaysia pada tahun 1957 sebelum menubuhkan cawangan rasmi pada tahun 1971. Sebagai sebahagian dari Tokio Marine & Fire Insurance di Jepun, operasinya di Malaysia adalah salah satu dari 37 buah negara di serata dunia. Melalui pembelian MUI Continental pada tahun 2012, Tokio Marine telah menjadi salah satu syarikat insurans terbesar di Malaysia.

3. MSIG

MSIG dibentuk pada tahun 2001 melalui gabungan Mitsui Marine & Fire Insurance Co. dan Sumitomo Marine & Fire Insurance Co. MSIG kini merupakan syarikat insurans ketiga terbesar di Jepun. Mereka beroperasi di lebih 40 buah negara di serata dunia dan merupakan sebahagian dari kumpulan insurans MS&AD.

4. RHB Insurance

Sebagai sebahagian daripada RHB Capital Berhad, RHB Insurance Berhad telah mengambil beberapa inisiatif untuk menyediakan perlindungan insurans yang menyeluruh untuk wargaMalaysia. RHB juga telah memenangi banyak anugerah yang meningkatkan kredibiliti mereka dan bercita-cita untuk terus memberikan pengalaman pelanggan yang lebih.

5. AXA

AXA Group telah beroperasi di Malaysia sejak tahun 1874. Pada tahun 1975, gabungan usaha niaga antara AXA Group dan Affin Holdings Bhd. telah membentuk AXA Affin General Insurance. Dengan lebih 130 tahun pengalaman operasi, AXA General Insurance memberi perkhidmatan kepada lebih 300,000 pelanggan melalui 3,000 ejen.

6. UNI Asia

UniAsia General Insurance dibentuk pada tahun 2003 melalui perikatan strategik antara DRB-HICOM (pemilik South East Insurance Berhad) dan United Overseas Bank Group. Dengan mengaplikasikan kepakaran di antara kedua-dua syarikat, ini membolehkan UniAsia untuk berkembang secara rawak di Malaysia sehingga menjadi salah satu syarikat insurans terbesar di Malaysia.

7. Lonpac

Lonpac Insurance Berhad ditubuhkan pada tahun 1994 oleh LPI Capital Bhd. Mereka kini meluaskan jajahan di 3 negara iaitu Malaysia, Singapura dan Kemboja. Di Malaysia, LonPac berpasangan dengan Public Bank dan Kah Bintang dan menawarkan polisi motor persendirian.

8. Berjaya Sompo

Berjaya General Insurance Berhad merupakan pembelian dari Tokio Marine & Fire Insurance Bhd pada tahun 1999. Berikutan pembelian kepentingan ekuiti sebanyak 30% dari Sompo Japan Insurance Inc, ia diberi nafas baru dan dinamakan Berjaya Sompo Insurance Berhad. Pada tahun 2011, Sompo Japan Insurance Inc membeli sebanyak 40% ekuiti dan menjadikannya pemilik dengan hak sebanyak 70%. Sebagai salah satu syarikat insurans terbesar di Jepun, Sompo Japan Insurance telah membantu pertumbuhan Berjaya Sompo Insurance Berhad dalam menjadi syarikat insurans yang berdaya saing di Malaysia.

Semoga dengan senarai syarikat insurans kereta terbaik di Malaysia ini dapat membantu anda untuk memilih syarikat insurans yang terbaik.

RUJUKAN: MYPT3
Iklan Atas Artikel
Iklan Tengah Artikel 1
Iklan Tengah Artikel 2
Iklan Bawah Artikel