Resepi Sup Tulang Ala Thai Yang Mudah

resepi sup tulang ala thai

Kalau anda tiba-tiba rasa mahu cuba untuk masak sendiri sup tulang ala thai, anda boleh cuba untuk lihat resepi sup tulang ala thai yang mudah ini.

Dalam artikel ini, saya akan kongsikan kepada anda semua, cara untuk menyediakan atau resepi sup tulang ala thai yang mudah untuk anda ikuti.

Resepi Sup Tulang ala Thai

sup tulang ala thai

Berikut merupakan resepi sup tulang ala Thai yang anda boleh cuba.

Bahan-bahan

  • 1 kg tulang
  • Sup bunjut
  • Rempah 4 sekawan
  • 2 inci halia (dimayang)
  • Bawang putih (dimayang)
  • Bawang merah (dimayang)
  • 1 labu bawang besar (potong wedges)
  • 2 batang serai (diketuk)
  • 1/2 inci lengkuas (dimayang)
  • 15 bj lada hitam (ditumbuk)
  • 15 bj lada putih (ditumbuk)
  • Daun sup daun bawang
  • Cili padi (diketuk)
  • Garam aji @ secukup rasa
  • Air limau nipis secukupnya
  • Mahu letak carrot, tomato, kentang, batang saderi, ikut selera sendiri.

Cara-cara

  1. Masukkan tulang ke dalam periuk, letak air, sup bunjut, garam aji @ secukup rasa, halia, serai, lengkuas rebus sampai menggelegak dan daging empuk. Ambil masa 1-3 jam juga. Kalau guna pressure cooker lebih cepat.
  2. Tumiskan 4 sekawan sehingga wangi, masukkan ke dalam kuah yang menggelegak tadi.
  3. Tumiskan bawang besar sehingga layu masukkan ke dalam periuk. Tumis bawang putih hingga wangi dan letak dalam kuah tadi. Tumis bawang merah hingga wangi dan kekuningan. Boleh letak dalam kuah tadi (Tapi simpan bawang merah goreng sikit untuk guna semasa menghidang)
  4. Letak lada hitam lada putih. Sudah empuk, (suka hati nak lembut mana) letak air limau nipis.
  5. Rasa kan sesedap rasa, masam masin.
  6. Selamat mencuba.


Itulah resepi sup tulang ala thai yang anda boleh cuba. Semoga bermanfaat dan sekian.

Sumber: Tg Khuzanika
Iklan Atas Artikel
Iklan Tengah Artikel 1
Iklan Tengah Artikel 2
Iklan Bawah Artikel