8 Ciri-Ciri Kucing Sedih Yang Pencinta Kucing Perlu Tahu
2024-07-01T16:23:56Z
Untuk pengetahuan kita semua, kucing pun boleh rasa sedih. Namun, perasaan sedih kucing disampaikan dengan cara yang berbeza berbanding manusia.
Kalau kita manusia ini, mesti banyak berdiam, atau menangis apabila bersedih. Kalau kucing, sudah tentu tidak boleh menangis.
Jadi, bagaimana untuk kita tahu kucing itu sedih atau tidak? Disini, saya akan kongsikan kepada anda ciri-ciri kucing sedang bersedih.
Ciri-Ciri Kucing Sedih
Berikut merupakan ciri-ciri kucing sedih.
1. Berlaku Perubahan Suara
Tanda pertama kucing anda sedih ialah perubahan dalam suara atau intensitinya. Suara kucing anda akan terdengar nyaring dan pahit.
Kucing yang sedih akan mengeong kurang daripada biasa. Sebaliknya, jika kucing anda biasanya pendiam, dia boleh meninggikan suaranya.
Kucing mendengkur biasanya menandakan dia selesa. Walau bagaimanapun, ia juga boleh menjadi tanda bahawa dia tidak gembira. Dia menggunakan dengkurannya untuk menghiburkan dirinya.
2. Menunjukkan Bahasa Badan Tertentu
Kucing terkenal dengan bahasa badan mereka yang menunjukkan perasaan mereka. Terdapat beberapa bahasa badan yang boleh anda ambil sebagai tanda bahawa kucing sedang sedih.
Antara bahasa badan kucing sedang bersedih ialah, telinga yang menunjuk ke belakang, ekor diselit, bulu berdiri di hujung, dan sebagainya.
3. Perubahan Sikap Drastik
Bila rasa sedih, selalunya lebih mudah marah kan? Begitu juga dengan kucing. Kucing yang sedih cenderung menjadi lebih reaktif dan berkelakuan agresif.
Selain itu, dia akan hilang minat terhadap aktiviti yang biasanya mengujakannya. Kucing akan menjadi tertutup, lebih kerap bersembunyi, dan menjadi takut kepada orang yang tidak dikenali atau makhluk yang baru mereka temui.
4. Asyik Tidur
Biasanya, kebanyakan kucing akan menghabiskan 12 hingga 16 jam sehari untuk tidur. Kucing yang sedih akan menghabiskan lebih banyak masa tidur daripada itu seolah-olah ia tidak mempunyai tenaga untuk bergerak. Bukan sahaja ia meningkatkan tempoh tidurnya, kucing juga akan menukar lokasi tidurnya.
5. Tidak Membersihkan Dirinya Atau Terlebih Membersihkan Dirinya
Tanda lain kucing sedang sedih ialah jarangnya kucing melakukan grooming pada dirinya. Ini menyebabkan kucing akan kelihatan kotor dan lusuh. Terutama pada kucing berbulu panjang, bulu akan kelihatan kusam, kering, atau kusut.
Dalam sesetengah kes, kucing yang sedih mungkin terlalu menjaga diri mereka. Akibatnya, tompok botak muncul, kerengsaan kulit, atau meninggalkan parut terbuka.
6. Hilang Selera Makan
Jika kucing anda tiba-tiba kelihatan malas untuk makan, itu mungkin satu lagi tanda bahawa dia sedang sedih. Kucing yang sedih akan mengabaikan makanan yang telah disediakan, walaupun ia adalah makanan kegemarannya.
Lihat juga: Makanan Kucing Terbaik
7. Mengubah Tabiat Membuang Air
Kucing yang sedih mungkin menggunakan baunya sendiri untuk menghibur dirinya. Malangnya kaedah yang digunakannya kurang baik iaitu dengan menyembur atau membuang air kecil sembarangan.
Bukan itu sahaja, kucing juga mungkin tidak membuang air kecil atau besar di tempat biasa. Mereka akan mencari tempat baharu seperti bilik anda untuk melakukannya.
8. Menggaru Berlebihan
Untuk menangani tekanan atau kesedihan, kucing akan menggaru objek untuk menghilangkannya.
Itulah, ciri-ciri kucing sedang sedih. Jadi kalau kucing sedang sedih apa yang perlu kita lakukan?
Andai kata, anda tahu kucing anda sedang bersedih, rajin-rajinlah layan atau berikan perhatian kepada si kucing dan janganbuat kucing itu rasa bosan.
Seterusnya, sediakan tempat yang paling selesa untuk si kucing yang sedang sedih. Ini kerana, kadang-kadang kucing hanya memerlukan masa untuk menerima kesedihan mereka.
Diharap dengan perkongsian mengenai tanda kucing sedih ini bermanfaat untuk anda semua yang memiliki kucing peliharaan. Sekian.