20 Hadiah Untuk Ayah Sempena Hari Bapa Atau Hari Jadi

Hadiah Untuk Ayah

Sedang mencari idea hadiah yang mahu diberikan kepada ayah tersayang sempena hari bapa atau hari ayah?

Jangan risau, disini saya akan kongsikan kepada anda senarai hadiah yang paling popular dan paling sesuai untuk diberikan kepada ayah, bapa, daddy, atau abah.

Mungkin seorang ayah tidak mengharapkan apa-apa hadiah daripada anak-anaknya. Kita sebagai anak menunjukkan rasa sayang dan hormat kepada ayah sememangnya sudah boleh membuatkan hati seorang ayah itu rasa dihargai.

Namun, tidak salah kalau kita buat satu kejutan atau raikan seorang ayah dengan cara yang lebih istimewa dengan membuat sambutan hari jadi atau hari ayah serta memberikan hadiah yang paling istimewa untuk seorang yang telah bersusah payah membesarkan kita dari kecil sehinggalah sekarang.

Senarai Kandungan [Show]

20 Hadiah Untuk Ayah

1. Set Memancing

Set Memancing

Kalau ayah anda merupakan seorang kaki pancing, memang sangat sesuai kalau nak hadiahkan set kelengkapan memancing. Kompom senyum melebar dapat hadiah macam ni.

Lihat Di Shopee

2. Mesin Urut Badan

Mesin Urut Badan

Biasalah semakin meningkat umur, muncullah sakit-sakit badan dan ketegangan urat. Jadi mesin urut badan juga sangat sesuai untuk dihadiahkan kepada ayah.

3. Mesin Urut Kaki

Mesin Urut Kaki

Hadiah mesin urut kaki juga sangat sesuai untuk diberikan kepada ayah. Ini kerana kebanyakkan orang yang telah berusia sering mengalami sakit-sakit bahagian kaki.

4. Kasut

Kasut

Pergi cek size kasut ayah anda, dan carilah kasut yang memiliki kualiti dan keselesaan yang tinggi untuk dihadiahkan kepada seorang bapa. Siapa saja, yang tidak suka kalau dapat kasut baru kan? kompom hati penuh gembira.

5. Set Hadiah Untuk Lelaki

Set Hadiah Untuk Lelaki

Set hadiah ini lengkap dengan 2 item iaitu wallet dan jam tangan berserta dengan kotak hadiah yang menarik. Mesti ayah gembira kalau dapat hadiah macam ni.

6. Dompet

Dompet

Kalau dompet ayah anda sudah lama tidak bertukar, mungkin dompet baru juga sangat sesuai untuk dijadikan hadiah untuk ayah.

7. Jam Tangan

Jam Tangan

Jam tangan adalah antara cadangan hadiah paling popular untuk semua lelaki. Sempena hari jadi ayah atau hari bapa, boleh lah belanja ayah seutas jam baru. Sudah tentu dapat menggembirakan hati seorang ayah yang tersayang.

8. Tali Pinggang

Tali Pinggang

Tali pinggang juga merupakan cadangan hadiah yang sesuai diberikan untuk ayah. Pilih lah tali pinggang yang lebih berkualiti dan selesa.

9. Tali Leher

Tali Leher

Andai kata ayah anda masih bekerja, necktie atau tali leher adalah antara cadangan hadiah yang paling sesuai untuk diberikan untuk ayah yang masih bekerja di pejabat.

10. Helmet Motor

Helmet Motor

Kalau ayah anda seorang pengguna motorsikal atau memiliki hobi main motorsikal, helmet adalah hadiah yang sangat sesuai untuk diberikan. Banyak helmet idaman para rider diluar sana, salah satunya helmet yang anda boleh dapatkan di shoppe ini.

11. Motorsikal

Motorsikal

Sekiranya anda seorang yang memiliki kemampuan untuk memberikan hadiah yang lebih mahal, motorsikal mungkin antara pilihan yang terbaik untuk dihadiahkan kepada ayah. Mesti dapat bagi kegembiraan untuk seorang ayah. Lagi satu, kalau ayah sudah ada motor baru, boleh lah ride sama-sama nanti.

12. Smartphone Baru

Smartphone Baru

Umum kita tahu, smartphone merupakan satu keperluan yang dapat memudahkan perhubungan jarak jauh yang paling efektif untuk masa ini. Mungkin smartpone ayah anda sudah lama atau outdated, jadi boleh lah belanja ayah sebiji smartphone yang baru.

13. Baju Melayu

Baju Melayu

Baju melayu juga merupakan cadangan hadiah untuk ayah yang paling terbaik. Bolehlah ayah bergaya dengan baju melayu baru bila ke masjid atau surau.

14. Money Flower Bouquet

Money Flower Bouquet

Trend masa sekarang kalau nak bagi hadiah mesti ada jambangan bunga yang disertakan dengan duit atau makanan seperti coklat.

15. Drill Bosch GSB 550 Freedom Kit Pro Impact

Drill Bosch GSB 550 Freedom Kit Pro Impact

Golongan lelaki mesti suka kalau dapat hadiah seperti ini, apalagi lelaki yang sudah berusia sedikit seperti ayah. Peralatan Bosch GSB 550 Impact Drill ini boleh digunakan untuk berbagai tebukan seperti kayu, besi, dan sebagainya.

16. Kerusi Malas

Kerusi Malas

Kerusi malas juga sangat sesuai untuk dihadiahkan kepada ayah. Boleh lah ayah bersantai-santai hilangkan penat di kerusi malas tu kalau hujung minggu, waktu petang atau bila-bila sahaja. Serius seorang ayah mesti gembira kalau dapat hadiah seperti ini.

17. Kain Pelikat Gift Box

Kain Pelikat Gift Box

Anda juga boleh dapatkan kain pelikat gift box untuk dihadiahkan kepada ayah. Kain pelikatnya pun memiliki corak yang sangat menarik dan pasti ayah akan gembira kalau dapat hadiah seperti ini.

18. Set Golf

Set Golf

Anda kata ayah anda adalah seorang yang meminati sukan golf dan suka bermain golf di masa lapang, hadiah Set Golf ini sudah tentu sangat sesuai untuk diberikan kepada ayah anda.

19. realme Beard Trimmer

realme Beard Trimmer

Pencukur janggut/misai ini juga sangat sesuai untuk dihadiah kepada ayah. Produk berkualiti dan premium. Mesti ayah suka kalau dapat hadiah macam ini.

20. Men Suite

Men Suite

Anda kata ayah anda masih lagi berkerja dan bertugas di pejabat, hadiah suite for men ini sangatlah sesuai untuk diberikan pada ayah. Menarik tentang hadiah ini ialah, jahitannya sangat kemas, kain tebal, warna yang sangat cantik dan anda tak perlu lagi beli tie dan tali pinggang kerana semua lengkap satu set.


Jadi itulah senarai idea hadiah yang sesuai untuk ayah yang boleh anda jadikan sebagai hadiah untuk meraikan hari bapa atau menyambut hari jadi ayah anda.

Sebenarnya, masih banyak lagi jenis hadiah yang kita boleh berikan kepada ayah kita. Cuba tengok apa hobi atau benda yang disukai oleh ayah. Macam kalau hobinya suka memancing, beli set pancing. Kalau ayah suka menyanyi, beli set karaoke khas untuk dirumah. Atau kalau ayah suka berkebun, anda boleh bagi hadiah yang berupa kelengkapan untuk berkebun.

Akhir sekali, diharap dengan pemberian hadiah seperti yang saya kongsikan ini kepada ayah anda dapat membahagiakan lagi ayah anda dan semoga setiap ayah kita diberikan kesihatan yang baik setiap hari. Sekian.
Iklan Atas Artikel
Iklan Tengah Artikel 1
Iklan Tengah Artikel 2
Iklan Bawah Artikel