Jadual Tamu Lengkap Di Seluruh Sabah 2024

jadual tamu seluruh sabah

Untuk anda yang rajin atau suka pergi tamu, berikut saya kongsikan jadual hari operasi setiap tamu yang ada di seluruh Negeri Sabah.

Untuk yang tidak tahu, tamu atau di tempat lain dipanggil pasar minggu memiliki keunikan tersendiri kerana terdapat pelbagai barangan keperluan dari masyarakat majmuk di Sabah, seperti sayuran kampung, buah eksotik, dan makanan tradisi ada dijual di sini.

Jadi, mari kita lihat senarai tamu yang ada di Sabah dan bila hari beroperasi tamu tersebut.

Jadual Tamu Seluruh Sabah

Hari Isnin

  1. Kg.Pukak Kiulu
  2.  Kuala Penyu

Hari Selasa

  1. Kiulu
  2. Kuala Penyu (pagi hingga 2pm)
  3. Pandasan Kota Belud
  4. Melalap Tenom
  5. Kudat

Hari Rabu

  1. Ranau
  2. Nabawan
  3. Tamparuli
  4. Kota Belud
  5. Membakut
  6. Dongongon
  7. Sipitang
  8. Dataran Bengkoka, Pitas
  9. Tenom
  10. Asia City, Kota Kinabalu
  11. Gana, Kota Marudu

Hari Khamis

  1. Dongongon
  2. Keningau
  3. Tambunan
  4. Telipok
  5. Sumangkap (Matunggong)
  6. Tenghilan
  7. Pekan Nabalu
  8. Taginambur
  9. Papar
  10. Tandek Kota Marudu
  11. Lok Kawi, Papar
  12. Rosok, Kota Belud
  13. Kg.Paris, Kinabatangan

Hari Jumaat

  1. Sepulut
  2. Teginambur Batu 10
  3. Beaufort
  4. Kundasang
  5. Dongongon
  6. Mesapol, Sipitang
  7. Kg.Paris, Kinabatangan

Hari Sabtu

  1. Ranau
  2. Nabawan
  3. Kinarut
  4. Matunggong
  5. Putatan
  6. Inanam - Bataras, Kolombong
  7. Mansiat Sook
  8. Telupid
  9. Apin-Apin (Keningau)
  10. Beaufort (6am-1pm)
  11. Papar
  12. Tamu KRT Kundasang Ranau
  13. Sindumin
  14. Pekan Pitas
  15. Bukit Garam Kinabatangan
  16. Melalap Tenom
  17. Kemabong, Tenom
  18. Bongawan
  19. Kunak
  20. Pekan Tungku, Lahad Datu

Hari Ahad

  1. Tuaran
  2. Sook
  3. Kota Marudu
  4. Kota  Belud
  5. Gaya Street, Kota Kinabalu
  6. Tambunan
  7. Putatan
  8. Keningau
  9. Tawau (6am- 12pm)
  10. Telupid
  11. Membakut
  12. Papar
  13. Sikuati Kudat
  14. Tamu KRT Ranau
  15. Menumbok
  16. Tenom
  17. kampung lohan ranau
  18. Beluran
  19. Kunak
  20. Sandakan
  21. Lahad Datu
  22. Dongongon- Depan Petronas hingga Buhavan Square (pagi-petang)
  23. Ranau (AIM)
  24. Pitas
  25. Kg.Bundu, Kuala Penyu (6am-12pm)
  26. Sukau

Setiap Hari Ke-9& Ke-10

  1. Menggatal, Kota Kinabalu
Iklan Atas Artikel
Iklan Tengah Artikel 1
Iklan Tengah Artikel 2
Iklan Bawah Artikel