Cara Mengenal Pasti Emas 916, 999 Dan 750

cara mengenal pasti emas

Adalah penting bagi penyimpan emas untuk memahami pelbagai jenis emas kerana setiap jenis mempunyai kualiti dan harga yang berbeza.

Adakah anda salah seorang penggemar emas? Mana lebih baik, emas putih atau emas kuning? Bagaimanakah kualiti emas boleh ditentukan? Ini adalah pengenalan kepada emas putih dan platinum.

Terdapat dua gred emas putih atau emas platinum: 750 dan 375 (atau nama lainnya suasa). Sebab itu, kalau nak jual balik harganya murah sebab mengikut kualiti emas itu, lebih baik beli emas 916 jika anda mencari emas perhiasan.

Disebabkan emas putih (750 atau 375) tidak boleh dicampur dengan emas 916 kerana kualiti emasnya, tiada susut nilai jika saduran chrome digunakan pada emas tersebut (dalam bahasa mudah hanya diwarnakan sahaja).

Faktor yang paling penting untuk dipertimbangkan semasa membeli emas ialah ketulenan, yang berjulat dari 916 (22k), 835 (20k), 750 (18k), dan 375. (9k).

Seperti kebanyakan kita sedia maklum, pelbagai jenis emas popular di Malaysia.

Emas yang paling biasa digunakan dalam barang kemas ialah emas 916, juga dikenali sebagai emas 22K. Untuk pelaburan simpanan emas seperti jongkong dan dinar emas, adalah lebih baik untuk membeli emas berkualiti seperti emas 999, juga dikenali sebagai emas 24K, di mana pulangan yang lebih tinggi adalah lebih berkemungkinan.

Apa sebenarnya K? K (KARAT) ialah kualiti kategori emas dan peratusan kandungan emas dalam jenis emas tertentu.

( 24K / 24K ) x 100 = 99.9 %
( 22K / 24K ) x 100 = 91.6 %
( 18K / 24 K ) x 100 = 75 %

Kenapa Emas Ini Berbeza Dan Pelbagai Jenisnya?

Sebenarnya, perbezaan antara jenis emas ini ditentukan oleh kandungan emas iaitu kualiti emas tersebut. Adakah kandungan emas tu tulen 100% tanpa campuran ataupun kandungan emas bercampur dengan bahan-bahan lain.

Kenapa perlu campur emas dengan bahan lain? Supaya barang kemas jadi lebih kuat dan kukuh, syarikat juga boleh jual lebih tinggi bila mereka masukkan caj upah.

Kerana emas tulen sifatnya lembut, ia akan dicampur dengan bahan lain seperti tembaga, besi, aluminium, dan sebagainya untuk menguatkan bentuknya dan menjadikannya lebih tahan lama.

Sekiranya nak letakkan batu permata, mengukir bentuk emas ia memang memerlukan bahan lain untuk kukuhkan bentuk dan kualiti emas perhiasan.

mengenali emas

Jenis-Jenis Emas Dan Kualiti Emas

EMAS 999

  • Kalau emas 999 ianya adalah emas tulen maknanya emas ni tanpa campuran kandungan lain.
  • 99.9% adalah pure emas
  • Dikenali sebagai emas 24K (emas 24 karat).
  • Kalau orang tua suka panggil emas 10
  • Kebanyakkan dalam bentuk emas jongkong (gold bar)
  • Harga lebih mahal berbanding kualiti emas yang lain
  • Kualiti emas yang terbaik untuk simpanan dan juga pelaburan

EMAS 916

  • Mempunyai kandungan emas 91.6%
  • Mempunyai 8.4% adalah dari campuran kandungan lain seperti besi, tembaga, aluminium dan sebagainya.
  • Dikenali juga sebagai emas 22K
  • Paling popular dikalangan peminat emas di Malaysia

EMAS 950

  • Mempunyai kandungan emas 95.0%
  • Mempunyai 5.0% campuran kandungan lain seperti besi, aluminium dan sebagainya.
  • Dikenali emas 23 karat atau 23K

EMAS 850

  • Mempunyai kandungan 83.5% emas
  • Mempunyai 16.5% campuran kandungan lain iaitu besi, tembaga, aluminium dan sebagainya.
  • Amat popular dikalangan peminat emas di Kelantan

EMAS 750

  • Mempunyai kandungan 75.0% emas
  • Mempunyai 25% ialah campuran kandungan lain iaitu besi, tembaga, aluminium dan sebagainya.
  • Dikenali juga sebagai paun atau emas 18 karat (18K)
  • Kurang popular dikalangan pembeli emas kerana mutu emas rendah
  • Paling penting bila nak beli emas kena tahu ketulenan emas tersebut.., 916 (22k), 835 (20k),750 (18k), 375 (9k)..

Tidak kisah apa warnanya, sama ada kuning, putih, merah, atau hitam, yang penting adalah ketulenan emas tersebut.

Kalau siapa-siapa beli emas ada chrome putih dalam masa 3 tahun sahaja bertahan selepas itu chrome itu akan hilang dan terus jadi kuning, harga sama sahaja. Tidak ada beza pun.

Sekarang ni, ramai yang ingat asalkan kuning aje emas 916, itu tidak semestinya okay.

Sedikit ilmu tentang Emas putih atau Chrome.

Ada yang pergi kedai emas, tunjuk gelang, ada chrome putih. Tauke kedai cakap ini tidak laku, kita ambil murah-murah sahaja, kalau jual tempat lain, orang tidak ambil dah.

Sepatutnya emas yang ada calit putih itu sama juga harganya. Melainkan kalau ada batu/permata baru asingkan. Timbang emas sahaja. Yang calit-calit putih itu sebenarnya chrome. Bukan emas putih. Chrome adalah saduran cat ke atas emas.
Iklan Atas Artikel
Iklan Tengah Artikel 1
Iklan Tengah Artikel 2
Iklan Bawah Artikel