Cara Tukar No Telefon Bank Rakyat Untuk Terima TAC

TAC Number Bank Rakyat ialah salah satu tindakan keselamatan dalam transaksi perbankan internet yang perlu diikuti oleh semua pelanggan Bank Rakyat. Dengan menggunakan TAC Number ini, setiap transaksi perbankan hendaklah disahkan oleh pemilik akaun dengan memasukkan kod TAC yang dihantar ke telefon mudah alih yang telah didaftarkan bersama Bank Rakyat.

Setiap pengguna perlu memastikan bahawa nombor telefon yang digunakan untuk menerima TAC Number adalah betul dan terkini. Ini kerana pelanggan tetap akan menerima TAC Number walaupun mereka menukar telefon bimbit atau gajet selagi mereka masih menggunakan nombor telefon yang sama yang telah didaftarkan bersama Bank Rakyat.

Jadi, sekiranya anda mengalami masalah untuk menerima TAC Number kerana nombor telefon anda sudah berubah, dalam artikel ini saya akan kongsikan kepada anda beberapa cara yang anda boleh lakukan untuk tukar nombor telefon Bank Rakyat untuk kegunaan menerima TAC.

Cara Tukar No Telefon Bank Rakyat

tukar no telefon bank rakyat

Berikut adalah beberapa cara yang anda boleh ikuti untuk menukar nombor telefon Bank Rakyat.

1. Tukar Di Cawangan Bank Rakyat

Untuk menukar nombor telefon bagi tujuan menerima kod TAC Bank Rakyat, anda boleh mengunjungi cawangan Bank Rakyat yang terdekat dengan membawa dokumen penting seperti kad pengenalan dan kad ATM anda.

Ambil nombor giliran dan tunggu sehingga nombor anda dipanggil.

Ketika dipanggil, maklumkan kepada pegawai yang bertugas bahawa anda ingin menukar nombor telefon anda bagi tujuan penerimaan kod TAC Bank Rakyat.


2. Penukaran Melalui Talian Tele-Rakyat

Untuk menukar dan mengemaskini nombor telefon bimbit anda agar boleh menerima TAC Bank Rakyat untuk tujuan perbankan internet, anda boleh menghubungi talian Tele-Rakyat di nombor 1-300-80-5454.

Sila beritahu pegawai yang menjawab panggilan bahawa anda ingin membuat pertukaran tersebut dan mereka mungkin akan meminta maklumat peribadi anda untuk tujuan pengesahan.

3. Tukar Melalui Emel

Anda juga mempunyai pilihan untuk membuat permintaan penukaran nombor telefon Bank Rakyat melalui emel.

Anda perlu menghantar emel ke alamat telerakyat@bankrakyat.com.my

Dalam bahagian subjek, pastikan anda menyatakan subjek yang berkaitan seperti "Penukaran Nombor Telefon Bank Rakyat Bagi Perkhidmatan perbankan Internet".

Di dalam isi emel, anda perlu menyatakan maklumat peribadi seperti nama penuh, nombor kad pengenalan, nombor telefon lama dan nombor telefon baru.

Selepas itu, pihak Bank Rakyat akan menghubungi anda melalui telefon untuk tujuan penukaran nombor telefon.


Kesimpulannya, itulah 3 cara yang anda boleh lakukan untuk tukar no telefon Bank Rakyat bagi tujuan menerima TAC. Semoga bermanfaat. Sekian.
Iklan Atas Artikel
Iklan Tengah Artikel 1
Iklan Tengah Artikel 2
Iklan Bawah Artikel