Cara Tukar No Telefon Bank Islam Secara Online

Siapa sahaja yang menggunakan perbankan Bank Islam Online, sudah pasti tahu tentang TAC Number Bank Islam.

Mungkin anda mengalami masalah menggunakan perkhidmatan Bank Islam Online kerana nombor telefon yang anda daftarkan sebelum ini sudah tidak aktif atau anda memang mahu tukar ke nombor telefon yang lain.

Jangan risau! Sebab disini saya akan bagitahu cara untuk menukar atau mengemas kini nombor telefon Bank Islam anda.

cara tukar no telefon bank islam

Cara Tukar No Telefon Bank Islam

Terdapat dua cara yang paling senang untuk dilakukan bagi membuat penukaran no hp Bank Islam, iaitu seperti berikut:

1. Tukar Melalui Bank Islam Internet Banking
  1. Buka laman web Bank Islam IB: https://www.bankislam.biz/
  2. Login seperti biasa.
  3. Pada menu utama, klik Settings.
  4. Seterusnya, klik Maintenance Mobile Number.
  5. Masukkan nombor telefon baru anda.
  6. Dan selesailah proses penukaran nombor telefon Bank Islam anda.
  7. Untuk pengetahuan, cara ini tidak boleh dilakukan melalui aplikasi Bank Islam. Pilihan Maintenance Mobile Number tu tidak keluar di aplikasi.

2. Tukar Menggunakan Mesin ATM
  1. Pergi mana-mana ATM Bank Islam berhampiran.
  2. Masukkan kad bank dan Nombor PIN.
  3. Di bahagian Menu, sila pilih Online Banking atau Perbankan Internet.
  4. Masukkan nombor baru anda.
  5. Sahkan dan simpan resit yang dikeluarkan untuk rujukan di masa depan.


Maklumat Lanjut

Jika anda menghadapi sebarang kesulitan atau masalah menggunakan salah satu kaedah di atas, anda boleh dengan segera pergi ke cawangan Bank Islam yang berdekatan untuk mendapatkan bantuan daripada pegawai yang bertugas.

Selain itu, anda juga boleh menghubungi talian Khidmat Pelanggan Bank Islam untuk mendapatkan maklumat lanjut.
  • Laman web : http://www.bankislam.com/
  • Hotline : 03-2690 0900
  • E-mel : contactcenter@bankislam.com.my
Iklan Atas Artikel
Iklan Tengah Artikel 1
Iklan Tengah Artikel 2
Iklan Bawah Artikel