Senarai Contoh Perumpamaan dan Maksud

perumpamaan dan maksud

Perumpamaan adalah frasa atau ungkapan yang digunakan dalam bahasa Melayu untuk menggambarkan sesuatu dengan cara yang lebih menarik dan simbolik.

Ia sering digunakan untuk mengajar sesuatu nilai atau pengajaran hidup dengan cara yang mudah difahami dan diingati. Biasanya, perumpamaan mengandungi elemen cerita atau gambar yang membantu kita memahami maksudnya dengan lebih baik.

Koleksi Perumpamaan dan Maksudnya

Perumpamaan

Maksud

Bagai aur dengan tebing

Tolong-menolong antara satu dengan yang lain

Bagai bunyi cempedak jatuh

Bunyi jatuh yang kuat

Bagai bulan dipagari bintang

Kecantikan gadis yang tiada bandingannya

Bagai diiris dengan sembilu

Perasaan yang sangat pedih

Bagai duri dalam daging

Sesuatu hal yang tidak menyenangkan

Bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing

Hanya mementingkan diri sendiri

Bagai itik pulang petang

Berjalan lambat sekali

Bagai isi dengan kuku

Budipersahabatan yang sangat erat

Bagai kacang melupakan kulit

Orang yang tidak tahu mengenang budi

Bagai kumbang putus tali

Amat cepat; terlepas daripada sengsara

Bagai melepaskan batuk di tangga

Membuat sesuatu kerja sambil lewa saja

Bagai menatang minyak yang penuh

Mendidik anak dengan penuh belaian kasih sayang

Bagai mencencang air

Membuat pekerjaan yang sia-sia

Bagai mural tercabut ekor

Seseorang yang becok mulutnya

Bagai si kudung mendapat cincin

Orang yang tidak dapat merasai nikmat atau menggunakan kemudahan yang diperoleh

Bagai pinang dibelah dua/Seperti cincin dengan permata

Pasangan yang sama padan dan sama cantik

Bagai tikus membaiki labu

Merosakkan lagi barang yang dibaikinya

Seperti abu di atas tunggul/Seperti telur di hujung tanduk

Kedudukan tidak tetap atau tidak terjamin

Seperti anak ayam kehilangan ibu

Berpecah dan hilang tempat bergantung

Seperti anjing dengan kucing

Adik-beradik yang suka bergaduh

Seperti anjing dengan bayang-bayang

Orang yang tamak, tidak cukup dengan apa-apa yang ada

Seperti api dalam sekam dendam

Perbuatan jahat yang tersembunyi

Seperti ayam berak kapur

Muka pucat dan tidak bermaya

Seperti bertih digoreng

Bunyi bising atau percakapan yang tidak berhenti-henti

Seperti cacing kepanasan

Tidak diam atau tenang; selalu gelisah

Seperti embun di hujung rumput

Kasih sayang yang tidak berkekalan

Seperti gergaji dua mata/Seperti talam dua muka

Seseorang yang mengambil kesempatan daripada pertelingkahan antara dua pihak

Seperti harimau menyembunyikan kukunya

Menyembunyikan kelebihan yang ada pada dirinya

Seperti mencurahkan air ke daun keladi/Seperti hujan jatuh ke pasir

Memberi nasihat kepada orang tetapi tidak berkesan

Seperti katak di bawah tempurung

Orang yang cetek pengetahuan mengenai hal dunia luar

Seperti kera kena belacan

Tidak suka duduk diam

Seperti kera mendapat bunga

Seseorang yang tidak tahu menghargai pemberian orang lain

Seperti kerbau dicucuk hidung

Seseorang yang lurus; menurut segala perintah orang lain tanpa usul periksa

Seperti langit dengan bumi

Perbezaan yang amat ketara

Seperti mengajar itik berenang

Mengajar seseorang yang arif atau pandai daripada kita

Seperti pahat dengan penukul

Orang yang hanya bekerja apabila diperintah

Seperti pungguk rindu akan bulan

Mengharapkan sesuatu yang tidak mungkin diperoleh

Seperti rusa masuk ke kampung

Berasa hairan dan tercengang-cengang apabila berada di tempat yang baru

Seperti tikus jatuh di beras

Memperoleh kekayaan yang tidak disangka-sangka

Seperti ular kena palu

Jalan atau barisan yang bengkang-bengkok

Kenapa Perumpamaan Penting?

Perumpamaan bukan sahaja memperkayakan bahasa kita tetapi juga memberikan kita panduan hidup yang berguna. Melalui perumpamaan, kita boleh belajar tentang nilai-nilai murni seperti kesetiaan, kerjasama, dan usaha gigih. Ia juga membantu kita berfikir dengan cara yang lebih kreatif dan simbolik tentang situasi yang kita hadapi dalam kehidupan seharian.

Jadi, lain kali apabila anda mendengar perumpamaan, ingatlah bahawa ia bukan sekadar ungkapan kosong, tetapi sebuah kearifan yang mengandungi pengajaran hidup yang berharga. Semoga artikel ini membantu anda memahami dan menghargai keindahan perumpamaan dalam bahasa Melayu!
Iklan Atas Artikel
Iklan Tengah Artikel 1
Iklan Tengah Artikel 2
Iklan Bawah Artikel