Top 5 Fidget Spinner Termahal Di Dunia

Fidget Spinner sebuah alat permainan yang sedang menjadi kegilaan ramai diseluruh dunia terutama dalam kalangan kanak-kanak.

Permainan Fidget Spinner yang menjadikan kegilaan ramai ini bukan sahaja dimainkan oleh kanak-kanak, malah turut dimainkan oleh orang dewasa.

Mari kita lihat 5 Fidget Spinner yang boleh dikatakan paling mahal di dunia buat masa ini.

5. Sunnytech 925 Silver Fidget Spinner - $459

Fidget Spinner dengan trademark Sunnytech 925 ini memiliki harga yang ke-5 termahal kerana ianya diperbuat dari perak murni. Bearingnya juga dibuat dari silikon nitrida dengan berat yang sempurna dan keseimbangan yang stabil sehingga putarannya boleh lebih lama daripada Fidget Spinner yang biasa. Di laman web Amazon, fidget spinner Sunnytech 925 Silver dijual dengan harga 459 dolar AS.

4. 9 Gear Fidget Spinner - $600

Fidget Spinner 9 Gear memiliki 9 roda gigi yang saling terhubung sehingga membuat putarannya dua kali ganda lebih cepat dan lebih lama.

3. Rotablade Superconductor - $665

Fidget Spinner Rotablade dihadirkan dengan beberapa versi, tetapi yang paling mahal dibuat dengan titanium murni dan memiliki finishing superkonduktor.

2. Bathgate Artifact Spinner - $700

Diilhamkan oleh Chris Bathgate, Bathgate Artifact Spinner diperbuat dari baja tahan karat dan kuningan untuk memberikan tampilan yang berbeza dengan Fidget Spinner yang lain.

1. Steel Flame Ring - $1500

Fidget Spinner Steel Flame Ring yang merupakan Fidget Spinner yang boleh dikatakan paling mahal didunia buat masa ini dibuat oleh Derick Obatake seorang custom jewelry maker di Los Angeles.

Setiap bahagian Fidget Spinner ini dibuat dengan tangan dan memiliki ukiran yang sangat unik.

Hasil gabungan antara seni dan kehebatan designnya membuatkan Fidget Spinner ini memiliki nilai yang sangat tinggi, Steel Flame Ring untuk versi limited edition dijual dengan harga $1500. Namun ada juga versi yang biasanya yang hanya dijual dengan harga $500.

Sumber: THERICHEST

Artikel lain mengenai Fakta Menarik :
Share this Post Via:
FacebookTwitterGoogle+

Ulasan

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi baca entri ini dan silakan untuk memberikan komen anda. Kami sangat menghargai pandangan atau komen yang akan anda berikan. Sila berikan komen anda dengan cara yang berhemah kerana saya tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis.

Sekian.