Header Ads

Tips Untuk Memiliki Daya Ingatan Yang Kuat

Tips Untuk Menguatkan Daya Ingatan - Masalah terlupa pasti selalu berlaku pada kita. Sebagai contoh terlupa mana kita letak barang dan terlupa temu janji dengan kawan. Selalu juga berlaku dalam kalangan pelajar, bila cikgu bagi kerja rumah. Disebabkan masalah pelupa dan kemalasan sudah bercampur, sampai masa untuk hantar kerja baru ingat nak buat.

Tips Untuk Menguatkan Daya Ingatan
Semua orang memang tidak suka dengan masalah sering terlupa ini. Walaupun ianya memang tidak sengaja berlaku tetapi terdapat beberapa tips yang boleh mengatasi masalah tersebut.

Cara Untuk Meningkatkan Daya Ingatan

1. Pemakanan yang sihat untuk otak

Pengambilan makanan memainkan peranan untuk daya ingatan kita. Mengambil makanan yang sihat seperti brokoli, kekacang, ikan salmon dan minyak sayuran yang mengandungi banyak antioksidan mampu menjaga kesihatan otak dan mengasah daya ingatan kita.

2. Melakukan senaman


Tips Untuk Menguatkan Daya Ingatan
Bersenam dapat menggalakkan otak kita untuk berfungsi secara optimum dengan meransang sel-sel sarah untuk berganda, menguatkan hubungan antara sel dan melindungi sel-sel saraf dari kerosakkan. Lakukan senaman berjalan kaki atau berjogging. Latihan aerobik pula dapat meningkatkan aliran darah ke otak sehingga memberikan lebih banyak nutrisi dan oksigen untuk meningkatkan fungsi otak kita.

3. Tidur yang mencukupi

Sudah terbukti bahawa tidur selepas belajar buat kita lebih mengingati apa yang kita pelajari, sebab itulah kita selalu digalakkan belajar waktu malam. Dalam satu malam, tidur hanya 4-6 jam boleh mempengaruhi kebolehan kita untuk berfikir dengan jelas pada keesokan harinya.

4. Bermain games

Jika kita tidak mencabar otak kita dengan hal-hal baru ia akhirnya akan mula merosot. Jadi, kita boleh mengasah daya ingatan kita dengan bermain game yang boleh mengasah otak seperti puzzle, sudoku atau catur selama 20 minit sehari. Jangan terlalu lama bermain, agar tidak membawa kesan yang sebaliknya.

5. Ketawa

Menurut kajian dari Loma Linda University, ketawa bukan sahaja melawan stress tetapi juga dapat daya ingatan janga pendek kita. Hanya dengan menonton video lawak selama 20 minit sudah cukup untuk meningkatkan daya ingatan jangka pendek kita.

6. Jangan terlalu memikirkan hal-hal yamg tidak penting

Memikirkan dan membuat banyak hal dalam satu masa membuatkan daya ingatan kita merosot. Hal ini demikian kerana kinerja otak kita tidak boleh melakukan banyak hal dalam satu masa. Sebagai contoh, kita baca nota sejarah sambil dengar lagu atau bercakap dengan kawan. Hal tersebut membuatkan fokus kita merosot. Jadi, jangan lakukan banyak hal secara bersamaan.

Semoga bermanfaat. Sekian.

1 comment:

  1. Ya.

    Memang ramai yang kurang dan lupa ingat sekarang.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi baca entri ini dan silakan untuk memberikan komen anda. Kami sangat menghargai pandangan atau komen yang akan anda berikan. Sila berikan komen anda dengan cara yang berhemah kerana saya tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis.

Sekian.

Powered by Blogger.