5 Jenis Sayur Yang Bagus Untuk Kesihatan Mata

5 Jenis Sayur Yang Bagus Untuk Kesihatan Mata
Satu peringatan kepada semua, jagalah kesihatan mata anda dari awal. Jangan bila sudah rabun baru berusaha untuk menjaga.

Umum tahu, bahawa mata kita merupakan salah satu organ tubuh badan yang paling berharga dan penting kerana ianya berfungsi sebagai deria penglihatan kita.

Sekiranya mata kita kekurangan nutrisi maka kita akan kesihatan mata kita pasti mengalami gangguan. Jadi kita perlulah menjaga kesihatan mata masing-masing supaya mata kita tetap okay! Kalau tidak dijaga dengan baik, pastinya aktiviti harian kita terganggu huhu.

Jadi, untuk entri kali ini, saya mahu kongsikan beberapa jenis sayur yang sangat bagus untuk kesihatan mata kita.

Silakan baca :)

1. Bayam

Sayur bayam mempunyai kandungan lutein dan zeaxanthin yang sangat baik untuk mengekalkan kesihatan mata. Jadi, rajin-rajinlah makan sayur bayam.

2. Brokoli

Sebenarnya brokoli tidak banyak beza dengan sayuran bayam yang bermanfaat untuk kesihatan mata. Brokoli mengandungi banyak nutrien lutein dan zeaxanthin yang sangat penting untuk deria penglihatan.

Yang kedua, nutrisi ini berguna untuk melindungi kedua-dua bola mata dari radiasi cahaya matahari sambil mengurangkan risiko menginfeksi katarak penyakit mata.

3. Lobak

Mungkin sayuran merah ini tidak diragukan lagi untuk mengekalkan kesihatan mata. Lobak ialah jenis sayuran yang kaya dengan kandungan beta-carotene.

Bukan itu sahaja, lobak juga mengandungi banyak vitamin A yang mempunyai peranan penting dalam mengekalkan kesihatan kedua-dua bola mata.

4. Tomato

Tomato tidak termasuk dalam keluarga sayur-sayuran. Walau bagaimanapun, tomato sering digunakan sebagai pelengkap kepada sayur-sayuran.

Jenis kandungan yang terkandung dalam tomato ini adalah vitamin A, yang mempunyai fungsi dalam mengekalkan kesihatan deria penglihatan.

Di samping itu, tomato mengandungi banyak vitamin C dan Lycopene yang mempunyai peranan penting untuk mata.

5. Kacang-kacangan

Sesetengah jenis kacang seperti kacang almond kaya dengan vitamin E dan asid lemak tak tepu, yang sangat baik untuk organ jantung.

Tidak cukup di sini, kacang juga dapat melindungi mata dari bahaya radikal bebas yang disebabkan oleh pendedahan cahaya matahari, dan bahkan berfungsi sebagai pencegahan terhadap katarak mata.

Kesimpulan

Jadi, saya sarankan agar anda semua rajin mengambil 5 jenis sayuran ini agar kesihatan mata sentiasa terjaga.

Sekiranya masih terdapat kekurangan pada entri yang saya tulis ini, jangan malu-malu untuk komen di ruangan komen okay.

Sekian.

Artikel lain mengenai Kesihatan :
Share this Post Via:
FacebookTwitterGoogle+

Ulasan

  1. semua sayur yg dinyatakan di atas saya suka makan, tapi almond tu mahal bah harganya ...
    jadi makan kacang tanah jak la...

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi baca entri ini dan silakan untuk memberikan komen anda. Kami sangat menghargai pandangan atau komen yang akan anda berikan. Sila berikan komen anda dengan cara yang berhemah kerana saya tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis.

Sekian.