Cara Untuk Meningkatkan Trafik Blog

Cara Untuk Meningkatkan Trafik Blog
Cara meningkatkan trafik blog. Setiap blogger pasti teringin untuk meningkatkan trafik blog.

Apabila seseorang blogger itu melihat statistik trafik blognya semakin tinggi, maka semakin kuatlah juga semangat untuk menulis blog.

Tetapi bagi blogger yang memiliki jumlah visitor yang rendah, anda jangan hilang semangat berblog. Jadikanlah itu sebagai kunci kejayaan anda untuk memiliki jumlah trafik blog yang tinggi kelak.

Okay dalam entri kali ini saya kongsikan beberapa cara mudah untuk meningkatkan trafik blog.

Silakan baca ya :)

Here we go....

Buat Entri Yang Menarik

Perkara utama yang harus dilakukan untuk meningkatkan trafik blog ialah, setiap kali menulis blog anda mesti cuba untuk menghasilkan entri yang menarik. Apa yang saya maksudkan dengan entri yang menarik ialah:
  • Entri yang memiliki kualiti yang bagus dan disukai ramai pembaca.
  • Jangan tulis entri dengan tajuk yang gempak tetapi isi kandungannya tidak menarik.
  • Buatlah entri yang memiliki isi kandungan yang sesuai dengan tajuk yang diberikan supaya orang semakin suka dengan blog kita.


Hasilkan Evergreen Content

Cara yang paling berkesan adalah dengan menghasilkan entri yang evergreen. Evergreen content ini bermaksud entri yang yang sentiasa relevan sepanjang masa dan sentiasa di cari orang.

Contoh jenis entri yang boleh dikatakan evegreen content ialah entri tentang panduan blog, entri tentang top list, contohnya 10 blogger ter muda Malaysia atau 5 blogger terkacak Malaysia.

Dan yang paling hebat adalah blog tentang cara-cara atau how to kerana ianya sangat banyak di cari di carian enjin seperti google pada setiap hari. Contoh entri tentang cara atau how to yang boleh dikatakan evergreen content ialah entri yang anda sedang baca ini Cara Untuk Meningkatkan Trafik Blog.


Gunakan Teknik SEO

Walaupun anda memiliki banyak entri yang menarik dan evergreen content pada blog anda tetapi anda tidak menerapkan teknik SEO pada setiap entri tersebut. Itu adalah satu perkara yang merugikan kamu kerana saya yakin jika anda membuat optimasi SEO pada setiap entri tersebut pasti semakin banyak pageviews blog anda.

Kongsikan di Media Sosial

Media Sosial seperti Facebook atau Twitter mempunyai jumlah pengguna yang sangat ramai diseluruh dunia. Jadi jangan lupa untuk kongsikan entri anda di media sosial supaya semakin ramai kunjungan blog kamu.

Jangan lupa untuk menggunakan ayat manis atau ayat yang memukau semasa berkongsi di media sosial supaya ramai orang tertarik.


Blogwalking

Saya rasa perkataan blogwalking sudah tidak asing dalam dunia blogger ini. Apa yang perlu anda buat ialah kumpul senarai blog yang rajin blogwalking dan jadi sebagai pengunjung tetap blog mereka supaya mereka juga akan jadi pengunjung tetap blog anda.


Kesimpulan

Masih banyak cara meningkatkan trafik blog seperti menggunakan forum, sosial bookmarking, promosi blog secara offline dan sebagainya. Tetapi hanya satu kunci utama untuk mendapat trafik blog yang tinggi atau banyak adalah usaha dan kerajinan. 

Tanpa usaha semua itu hanya sia-sia dan tidak akan menjadi kenyataan.
Sekian dan salam maju jaya.