Gua Misteri di Mustang Nepal

Misteri 10 Ribu Gua Di Tebing Mustang Nepal
Gua Misteri di Mustang Nepal

Gua Misteri di Mustang, Nepal

Kerajaan Mustang yang terletak bersempadan dengan dataran tinggin Tibet merupakan satu tempat yang terpencil. Setelah wujud kerajaan Budha, Mustang diambil alih oleh Nepal pada penghujung abad yang ke-18. Namun yang demikian kerajaannya tetap berlainan sampai ke tahun 1950-an.

Menurut Amusing Planet, Mustang terpencil dari wilayah yang lain sampai tahun 1992, ini membolehkan Mustang melestarikan budaya zaman dahulu yang berkait rapat dengan Tibet.


Di tebing Mustang Nepal terpada 10 ribu tempat tinggal berbentuk gua lama dan ada beberapa daripada gua tersebut berkedudukan 150 kaki dari aras tanah. Tidak ada sesiapa yang tahu tentang siapa yang menggali gua lama tersebut atau bagaimana orang boleh memanjat ke gua menuju ke gua yang berada di kedudukan yang tinggi itu. Kedudukan beberapa buah gua hampir mustahil untuk dicapai walaupun orang yang menaiki tebing Mustang Nepal untuk ke gua itu adalah orang yang berpengalaman.


Pada masa sekarang, sebahagian besar daripada gua-gua itu telah kosong, tetapi masih terdapat tanda bahawa pernah ada kehidupan di gua tersebut pada masa lalu. Beberapa buah gua seolah-olah digunakan sebagai tempat pengebumian.


Beberapa kerangka manusia yang ditemui dalam gua-gua tersebut semua telah lebih dari 2,000 tahun. Kerangka-kerangka manusia tersebut ditempatkan di atas tempat tidur kayu dan dihiasi dengan perhiasan tembaga dan manik-manik kaca.


Di gua-gua yang lain, terdapat kerangka manusia yang berasal dari abad ke-3 hingga abad yang ke-8 iaitu sebelum kedatangan ajaran budha di Mustang.


Ahli arkeologi yakin bahawa gua-gua di Mustang itu telah digunakan dalam tiga tempoh masa iaitu yang pertama ialah pada 3,000 tahun lalu sebagai tempat pengebumian. Kemudia yang kedua adalah kira-kira 1,000 tahun lalu dijadikan sebagai tempat kediaman  dan mungkin juga dijadikan tempat melarikan diri dari peperangan. Seterusnya yang ketiga ialah pada tahun 1400-an, gua-gua tersebut mungkin hanya dijadikan sebagai tempat meditasi kerana kebanyakan orang sudah tinggal di perkampungan tradisional.
Iklan Atas Artikel
Iklan Tengah Artikel 1
Iklan Tengah Artikel 2
Iklan Bawah Artikel