15 Cara Menghilangkan Jerawat Paling Berkesan

Cara Menghilangkan Jerawat - Mesti ramai antara kita yang hilang keyakinan bila berada di khalayak ramai apabila muka kita dipenuhi dengan jerawat.

Mungkin ada juga orang yang tidak kisah dengan jerawat yang menempek di muka tetapi rasanya lagi ramai orang yang tidak suka dengan jerawat terutamanya dalam kalangan wanita.

Cara Menghilangkan Jerawat

Jadi, untuk kali ini saya akan kongsikan kepada anda semua beberapa cara untuk menghilangkan jerawat dengan cara yang paling berkesan.

Sebelum kita masuk kepada cara-cara untuk menghilangkan jerawat, mari kita ketahui apa punca jerawat tumbuh di kulit kita?
  • Stress - Bila kita dalam keadaan stres, adrenalin serta hormon androgen yang ada di dalam badan akan keluar secara berlebihan dan menjadi punca berlakunya jerawat terutamanya di muka.
  • Hormon - Masa usia remaja atau akil baligh ni, perubahan kat hormon iaitu kelenjar sebaceous boleh menyebabkan jerawat pada wajah.
  • Kebersihan Kulit Muka - Ya kebersihan pada kulit muka kita juga sangat mempengaruhi kemunculan si jerawat di muka kita.
  • Gaya Hidup Yang Tidak Sihat - Kurang minuman air mineral, selalu makan makanan yang tak sihat dan kesan dari banyak merokok juga boleh tingkatkan risiko tumbuh jerawat di muka.
  • Pemakanan - Makanan yang berlemak atau makanan yang kurang sihat boleh menghasilkan sebum secara berlebihan. Punca dari pemakanan yang paling umum adalah makanan yang berminyak.

Ya itulah antara punca utama jerawat tumbuh di wajah kita. Seterusnya, mari kita masuk ke topik utama iaitu cara-cara untuk menghilangkan jerawat dengan berkesan.

1. Pes Serbuk Kunyit

Titiskan sedikit air pada sesudu serbuk kunyit dan sapu pada jerawat beberapa minit. Lakukan sehingga hilang jerawat.

2. Jus Buah Lemon

Perah jus lemon dan dengan mengguna bebola kapas, tekap pada jerawat selama 20 minit dan bilas. Lakukan dua tiga kali sehari untuk kesan yang cepat.

3. Bawang Putih

Cara Menghilangkan Jerawat

Potong bawang putih kepada dua dan tekap pada jerawat sehingga terasa jus bawang putih melekat pada jerawat. Jus ini mengandungi sulfur yang merawat jerawat dengan cepat.

4. Ubat Gigi

Sebelum masuk tidur, sapu ubat gigi pada jerawat dan biarkan semalaman.

5. Wap Panas

Letak air panas dalam besen dan lalukan bahagian jerawat pada wap panas. Wap panas bukan sahaja mampu utuk menghilangkan jerawat malah menjadikan kulit muka bertambah seri.

6. Ketulan Ais

Cara Menghilangkan Jerawat

Letak ais pada jerawat. Ia akan membantu mengecilkan jerawat.

7. Pes Serbuk Kayu Manis

Letak sesudu madu atau jus lemon pada dua sudu serbuk kayu manis dan sapu pada jerawat. Sebaiknya guna pes serbuk kayu manis ini sebelum masuk tidur.

8. Kulit Buah Oren

Blend kulit oren bersama air. Ambil pes oren dan sapu pada jerawat.

9. Madu

Ambil madu menggunakan kapas dan tekap pada jerawat.

10. Jus Timun

Hiris timun dan rendam dalam air selama sejam. Kemudian minum airnya.

11. Jangan Sentuh Muka Kita

Tangan kita mungkin tercemar dengan pelbagai kotoran daripada aktiviti harian. Jadi menyentuh kulit muka dengan tangan yang kotor boleh membantu menyebabkan jerawat.

12. Makan Secara Sihat

Amalan pemakanan yang sihat dari bijirin, buah-buahan, sayur-sayuran, dan protein akan membantu kita mendapatkan jumlah nutrien yang betul untuk kulit kita membaiki dan tumbuh semula dengan lebih cepat.

13. Rehat Yang Cukup Setiap Hari

Semasa kita tidur & berehat, badan kita akan membaiki kerosakan yang berlaku. Tidur dan rehat sekurang-kurangnya 8 jam sehari akan membantu untuk melegakan badan kita dan juga membuang toksin berbahaya dari badan. Jika kita tidak mendapat cukup tidur, kulit kita berkemungkinan tidak mempunyai masa atau keupayaan memperbaharui sel kulitnya.

14. Bersenam Lebih Kerap

Amalan bersenam setiap hari selama 30 minit akan membantu mengurangkan jerawat & menjadikan kita lebih sihat dan bertenaga.

15. Minum Air Kosong Secukupnya

Air akan membantu kita mengeluarkan toksin dari dalam tubuh & menjadikan kita kelihatan lebih muda & bertenaga. Minum air kosong secukupnya boleh membantu kita untuk menghilangkan jerawat.


Ya itulah 15 cara dan tips untuk menghilangkan jerawat pada muka kita. Jadi sekiranya anda mahu jerawat anda hilang dengan cepat, rajin-rajinlah mengikuti tips-tips diatas. Semoga bermanfaat. Sekian.

Sumber: siraplimau.com / ibusyurga.blogspot.com

Artikel Berkaitan :

Ulasan untuk "15 Cara Menghilangkan Jerawat Paling Berkesan"

  1. wah
    perkongsian yang bagus

    ReplyDelete
  2. wah, banyak cara rupanya..buat sendiri saja tak perlu pening-pening cari produk yang sesuai.itu lebih selamat.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi baca entri ini dan silakan untuk memberikan komen anda. Kami sangat menghargai pandangan atau komen yang akan anda berikan. Sila berikan komen anda dengan cara yang berhemah kerana saya tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis.

For inquiry, product or service review and advertising, please email to calrasepatrick@gmail.com.

Sekian.