Inilah Asal Usul dan Cara Permainan Spirit Of The Coin

Permainan Spirit Of The Coin | Tahukah anda bahawa anda sebenarnya boleh memanggil dan berkomunikasi dengan roh-roh tidak tenang yang bergentayangan di sekitar anda. Roh-roh ini boleh anda seru dan mereka akan hadir bersama anda. Dah mereka hadir, anda bolehlah nak tanya apa-apa yang ingin anda tanya.

Permainan Spirit Of The Coin

Untuk memanggil roh-roh ini, anda memerlukan satu medium iaitu dalam bentuk permainan. Permainan ini digelar “Spirit Of The Coin.” Permainan Spirit Of The Coin sangat popular dalam kalangan pelajar-pelajar asrama.

Namun, adalah diingatkan bahawa bermain permainan ini adalah diharamkan ke atas orang Islam dan permainan ini boleh jatuh syirik. Jadi, jauhilah daripada bermain permainan khurafat ini.

Jadi, kali ini saya nak kupas tentang permainan ini. Dalam artikel ini saya juga akan tunjukkan cara-cara untuk bermain permainan “Spirit Of the Coin.” Namun, saya haramkan anda semua daripada bermain. Saya cuma kongsikan cara bermain sebagai pengetahuan buat anda.

Pertama sekali, mari kita lihat apakah itu permainan “Spirit Of The Coin” ini. Seperti saya cakap awal tadi, permainan ini adalah merupakan satu permainan untuk memanggil roh-roh supaya boleh berkomunikasi.

Pada asalnya, Spirit Of The Coin sebenarnya bukanlah sejenis permainan tetapi adalah satu ritual yang digunakan oleh orang dulu-dulu untuk memanggil roh bagi tujuan-tujuan mistik termasuklah memuja, meminta bantuan dan lain-lain.

Tapi, oleh kerana orang terlalu kreatif, orang telah mengubahsuai ritual ini lalu dijadikan permainan mistik dan permainan ini sangat popular di seluruh dunia. Permainan ini juga simple je. Tak perlu banyak benda. Anda hanya perlu ada papan huruf (yang ini nak buat DIY pun boleh), syiling dan juga darah haiwan sebagai menjamu roh tu.

Kalau di negara-negara orang putih, permainan ini lebih dikenali dengan nama Ouija Board Game. Sama juga konsepnya tapi mereka lebih moden kerana ada papan yang dah lengkap dengan tulisan. Sedangkan di Malaysia, kita kena tulis sendiri huruf-huruf dan nombor atas papan kita tu. Malah, kita juga boleh buat sendiri papan tu guna kertas mahjung pun boleh.

Cara Untuk Main Permainan Spirit Of The Coin

Seperti yang telah dijanjikan, saya akan kongsikan cara-cara untuk bermain permainan khurafat ini. Sekali lagi saya tegaskan, saya haramkan anda bermain permainan ini.

1.) Sediakan sehelai kertas mahjung. Tulis aksara A sampai Z, nombor 0 sampai 9, kemudian tulis “yes” dan “no”, “home” dan juga “goodbye”. Nah! papan Ouija DIY anda dah pun siap!

2.) Sediakan satu syiling. Syiling berapa puluh sen pun takpe. Syiling matawang Rupiah pun boleh.

3.) Sediakan semangkuk darah. Kebiasaannya, orang akan tangkap tikus ke apa ke dan ambil darah haiwan tu. Kejam!

4.) Letakkan jari anda pada syiling tersebut. Letakkan syiling itu pada tulisan “home”.

5.) Bacakan mantera ini. Oh ya, manteranya adalah dalam bahasa Inggeris. Perghhh Speaking boss. haha. Manteranya macam ini. “Spirit, Spirit of the coin. Spirit, spirit of the coin. Spirit, spirit of the coin. Please come out and play with us!”

6.) Lepastu tanya, adakah ada roh bersama kami? Kalau anda, anda akan merasakan seperti jari anda ditolak ke arah perkataan “yes”.

7.) Kalau dah tahu roh tu ada bersama anda, tunggu apa lagi, tanyalah apa-apa soalan yang anda nak ajukan kepada dia.

8.) Cara roh tu jawab adalah dengan menolak jari anda ke aksara demi aksara. Jadi, mesti kena ada seorang pencatat dalam kalangan ahli permainan itu. Dia akan catat aksara-aksara yang ditunjukkan oleh roh. Aksara ini akan membentuk perkataan iaitulah jawapan kepada soalan anda.

9.) Kalau keadaan semakin kritikal, boleh jadi roh itu akan menghasut salah seorang daripada pemain.

10.) Kalau jadi macam ini, jangan panik sebaiknya berundinglah supaya dia keluar dan pulang semula.

11.) Macam mana nak tahu roh tu dah bersetuju nak balik? Dia akan letakkan syiling pada tulisan “goodbye.”

Banyak sebenarnya risiko yang bakal berlaku dengan permainan musibat ini. Paling menakutkan adalah sekiranya roh tersebut tidak mahu pulang dan ingin meneruskan permainan. Dia akan ganggu kesemua pemain.

Bukan itu sahaja, permainan Spirit Of The Coin juga boleh membawa kepada fenomena histeria yang sangat dahsyat. Pada mulanya, hanya pemain sahaja akan dihasut. Kemudiannya, ia akan melarat kepada pelajar-pelajar lain pula.

Kebanyakan orang yang bermain permainan Spirit Of The Coin ini adalah pelajar sekolah berasrama. Kebiasaannya mereka akan main pada tengah lewat malam. Ada yang lagi ekstrem mereka akan main di bangunan terbiar di sekolah tersebut. Risiko amat besar kalau kesemua pemain kerasuka di bangunan terbiar ini, pasti orang tak tahu dan kita boleh agak lah nasib mereka macam mana.

Satu lagi risiko adalah roh yang dipanggil itu akan berkeliaran di sekitar kawasan tersebut. Ini terjadi apabila roh tu menipu. Dia dah bagi tanda-tanda yang dia nak pulang tapi padahal dia menipu. Dia tak pulang pun. Jadi, roh tersebut akan berkeliaran di sekitar kawasan permainan itu dan akan mengganggu orang lain yang tidak berdosa.

Apa pula tujuan orang bermain Spirit Of The Coin?

Jawapan yang paling mudah adalah mereka takde kerja yang berfaedah untuk dibuat. Haha. Selalunya orang main permainan ni sebab bosan. Selain bosan, ada yang main kerana sifat ingin tahu mereka tentang sejauh mana kebenaran fakta tentang permainan Spirit Of The Coin.

Bukan itu sahaja, ada juga orang yang main permainan ini untuk mendapatkan sesuatu jawapan. Antaranya sekiranya seseorang itu mati dibunuh, orang akan main Spirit Of The Coin untuk soal roh itu siapakah pembunuhnya.

Namun, jangan mudah percaya kerana sifat hantu adalah suka menipu. Selain itu, tujuan permainan ini juga adalah untuk mendapatkan nombor ekor yang bertuah.

Jadi, anda dah tahu kan bagaimana tingginya risiko permainan ini. Begitu juga dengan hukumnya yang syirik jika dimainkan oleh orang Islam. Jadi, nasihat saya, jauhilah permainan yang tidak berguna ini.

Kalau saya tanya anda ada pengalaman tak tentang permainan ini di asrama dulu, mesti akan jawab ya. Kalau anda tak main, mesti ada kawan-kawan anda yang lain huhu. Kalau sudi kongsilah pengalaman tu ye. TQ!

Sumber: ISKANDAR ZULFAQAR - Facebook
Iklan Atas Artikel
Iklan Tengah Artikel 1
Iklan Tengah Artikel 2
Iklan Bawah Artikel