10 Ciri-Ciri Lelaki Idaman Ramai Wanita
2024-07-01T16:23:56Z
![Ciri-Ciri Lelaki Idaman Ramai Wanita ciri ciri lelaki idaman wanita, koleksi idaman wanita, ciri2 lelaki idaman wanita, ciri lelaki idaman wanita, lelaki idaman wanita](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgBOZmRJAdtwYEDwI5XtbaQMYZ6Z9YsjryELyBqtKyoS7e7OEbTDUEauXVDYnV07Ad3gesf2gqfS2VmOrPmHDLUyFDykkazT2BckG14HSkf8Yy8o04NEvkAyo3UnGuCynAqO7SH0eGW_tU/w640-h419/Ciri-Ciri+Lelaki+Idaman+Ramai+Wanita.png)
- Yang bercita-cita besar untuk menolong orang lain yang memerlukan, bukannya hidup dilamun angan-angan dan perlu ditolong.
- Yang tidak malu berkata; “Saya minta maaf, sayalah yang bersalah.”
- Yang dapat melihat pelbagai pengaruh buruk cuba merosakkan hidupnya tapi tanpa ragu-ragu berkata ” TIDAK”.
- Yang meletakkan urusan Tuhan melebihi segala-galanya.
- Yang membuat sesuatu,misalnya melaksanakan impiannya, dengan bersungguh-sungguh dan apabila berjaya, dia menghadiahkan setinggi-tinggi perhargaan kepada orang-orang yang membantunya.
- Yang sentiasa tersenyum, merendah diri dan mesra dengan sesiapa sahaja tanpa mengira darjat dan kedudukan.
- Yang melihat kesilapan diri sendiri sebelum melihat kesilapan orang lain.
- Yang sedia mencurahkan wang, masa dan kebolehannya kepada orang lain tanpa memikirkan balasan.
- Yang sentiasa berusaha untuk menjadi contoh terbaik kepada anak-anaknya daripada hanya beromong kosong mengenai hal tersebut.
- Yang membawa anak-anak ke rumah ibadat, bukannya menghantar mereka ke sana.
Baca juga: Gaya Rambut Lelaki Paling Popular
SUMBER: Lelaki Sihat