8 Jenis Pokok Yang Boleh Menghalau Nyamuk Aedes

Pokok Halau Nyamuk

Kita sebagai manusia mempunyai banyak aroma yang menarik minat nyamuk untuk datang kepada kita. Hal ini memang menjengkelkan, malah membawa risiko terhadap kesihatan kita.

Nyamuk menyukai bau karbon dioksida yang dikeluarkan daripada pernafasan manusia dan juga sebatian yang dikeluarkan daripada peluh kita. Nyamuk juga tertarik kepada badan-badan yang hangat, menjadikan manusia sebagai pilihan utama.

Bahan kimia dalam spray penghalau boleh memudaratkan anda dan keluarga anda. Semburan ini juga berbahaya kepada alam sekitar kerana mudah masuk ke udara. Untuk alternatif yang lebih semula jadi, anda boleh cuba menanam beberapa jenis tumbuhan atau pokok yang mampu menghalau nyamuk di dalam rumah dan di sekitar rumah anda.

Senarai Kandungan [Show]

Pokok Halau Nyamuk

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia dalam akhbar Harian Metro 14 oktober 2016, mereka menyarankan 8 jenis pokok ini ditanam bagi membantu menghalau nyamuk di rumah.

1. Bunga Tahi Ayam

Bunga Tahi Ayam

Terdapat pelbagai jenis bunga tahi ayam. Nama saintifiknya ialah Lantana Camara. Namun ramai orang keliru dengan bunga Marigold yang dikatakan sebagai bunga tahi ayam. Kedua dua pokok marigold dan bunga tahi ayam boleh digunakan untuk menghalau nyamuk.

Pokok ini berbau busuk sehinggakan tiada perosak yang berminat dengannya. Namun, serangga seperti kelulut mengemari bunga pokok ini kerana mempunyai nektar. Bagi nyamuk, ia satu pokok yang di bencinya.

Namun, ia sebenarnya beracun JIKA dimakan. Jadi jangan makan pula ya. Ia akan menyebabkan ganguan pernafasan, muntah dan anak mata mengembang. Sebab itu kambing tidak pernah makan pokok ini dan boleh menyebabkan kematian kepada kambing. Ia dijadikan tanaman pagar kerana baunya yang busuk untuk menghalau serangga seperti nyamuk, bunga juga cantik untuk hiasan rumah.

2. Marigold

Marigold

Orang seringkali keliru pokok marigold dengan bunga tahi ayam. Marigold bunganya seakan akan bunga matahari sikit. Ada pelbagai warna seperti kuning, merah, pink dan beberapa varieti lagi. Baunya busuk sesperti bunga tahi ayam. Sebab itulah ramai yang terkeliru.

3. Serai Wangi

Serai Wangi

Rasanya serai wangi cukup dikenali pada kita hari ini kerana terdapat banyak produk repellent serangga dihasilkan daripada pokok ini. Serai wangi tidak dimakan sebaliknya digunakan sebagai penghalau nyamuk disekitar rumah. Ia telah digunakan secara meluas sebagai penghalau seranga secara organik. Baunya menyebabkan serangga seperti nyamuk, semut dan lipas menjauhi kawasan yang mempunyai bauan ini. Ia juga digunakan dalam aromaterapi. Serai wangi sememangnya herba penghalau nyamuk.

4. Aloevera / Lidah Buaya

Aloevera / Lidah Buaya

Pokok lidah buaya mempunyai nilai perubatan yang cukup tinggi. Ia digunakan dalam perubatan dan juga kosmetik sebagai agen menghilangkan parut dan menyejukkan badan. Jika mempunyai luka akibat melecur, aloevera adalah antara pokok yang digunakan untuk menyejukkan kesan luka dan menghilangkan parut.

5. Akar Wangi

Akar Wangi

Pokok ini agak asing di Malaysia. Rupa pokok ini seakan akan pokok serai. Ia digunakan secara meluas sebagai salah satu bahan dalam membuat minyak wangi. Baunya tidak disukai oleh nyamuk.

6. Jeremin / Citrosa Mosquito

Jeremin / Citrosa Mosquito

Bagi mereka yang ke Cameron Highland, pokok ini dijual di kebanyakan nursery di tempat peranginan ini. Baunya seakan lemon yang kuat boleh digunakan untuk menghalau nyamuk dari rumah anda. Nama lainnya Citrosa of Lady Diana di Indonesia. Tak pasti kenapa dapat nama LADY D tu. Boleh letak dalam rumah. Nyamuk memang tak pergi kat kawasan pokok ni.

7. Bunga Selasih

Bunga Selasih

Sweet Basil atau selasih merupakan antara herba yang digunakan dalam masakan samada di negara kita mahupun di negara barat. Malah yang tak tahu basil itu dipanggil selasih di negara kita dan rumpun melayu. Kemanggi juga adalah satu pokok adik beradik dengan selasih.

Baunya hampir sama cuma daun kemanggi lebih besar. Saya tanam di dalam pasu di tepi rumah saya. Bunganya disukai oleh lebah madu dan lebah kelulut. Ini boleh makan untuk jadikan ulam dan rempah dalam masakan.

8. Pokok Mambu / Semambu

Pokok Mambu / Semambu

Pokok semambu atau neem tree merupakan spesis pokok mahogani. Jadi adik beradik dengan pokok tunjuk langit. Dikebanyakan negara ia digunakan sebagai racun serangga dan herba untuk perubatan. Minyak daripada pokok semambu ni juga digunakan sebagai racun serangga organik.

Ia tidak membunuh serangga secara terus sebaliknya membunuh kepompong. Dari segi bidang kosmetik, neem oil digunakan dalam perubatan ayuverdic india untuk merawat penyakit kulit dan digunakan ubat untuk jerawat. Terlalu banyak nilai perubatan daripada pokok ini.

Semoga artikel mengenai 8 jenis tanaman atau pokok yang boleh menghalau nyamuk ini bermanfaat untuk kita semua. Sekian.
Iklan Atas Artikel
Iklan Tengah Artikel 1
Iklan Tengah Artikel 2
Iklan Bawah Artikel