Kentut Di Depan Pasangan Adalah Tanda Hubungan Bahagia

Kentut Di Depan Pasangan Adalah Tanda Hubungan Bahagia

Tidak ramai orang yang tahu, bahawa kentut di depan pasangan merupakan sebuah tanda bahawa hubungan anda bahagia.

Bunyinya memang tidak masuk akal tetapi ini adalah kenyataan.

Sebuah kajian mengatakan kentut di depan pasangan adalah rahsia atau kunci hubungan bahagia dalam perhubungan sesebuah pasangan. Kentut di depan pasangan meninggalkan impak besar dalam sesuatu perhubungan seperti ketika pasangan anda mengucapkan ‘I love you’. Semak 5 sebab kentut di depan pasangan tanda hubungan bahagia mampu mengeratkan lagi perhubungan.

Selesa dengan pasangan

Anda seorang yang tidak akan menyorokkan sesuatu atau berahsia dengan pasangan kerana melepaskan kentut di depan pasangan.

Jenis suka bergurau

Hakikatnya kentut di depan pasangan membuatkan anda dan pasangan ketawa kerana lucu.

Memori indah bersama

Percayalah, terkenangkan insiden kentut di depan pasangan akan membuatkan mereka ketawa dan menjadikan hubungan bahagia apabila mengenangkannya kembali.

Kentut itu seksi

Tiada yang paling seksi selain dapat menerima baik buruk pasangan termasuk bau kentut. Samalah seperti, melihat teman wanita tidak memakai make up tetapi masih cantik. Jika tiada kepercayaan, perhubungan akan mula runtuh.
Iklan Atas Artikel
Iklan Tengah Artikel 1
Iklan Tengah Artikel 2
Iklan Bawah Artikel