'Dorm 15 Paling Cuak! - Pengalaman Menakutkan di Asrama Sekolah

Pengalaman Menakutkan di Asrama Sekolah

Kata orang, tak berasrama lah kalau tak merasa diganggu hantu? Cerita kalini bagi aku the most tragic story in my life bila aku kene ganggu dengan kawan2 aku hampir berminggu2. Kes ni berlaku waktu aku tingkatan 1 dekat sekolah aku, SMKA Kerian. DORM 15!!

Sebelum kami masuk, dorm digabungkan dari pelajar ting 1 - 5 (kalau tak salah). Tapi pada tahun kami, Dorm diasingkan and dipendekkan cerita kami dapat dorm 15, aras atas sekali dan paling hujung hampir dengan tandas and toilet. Satu dorm memuatkan seramai 20 orang pelajar.

Keadaan mula2nya biasa and seronok je. But ada satu harini kawan kami sorang ada perangai pelik, kuat baran and suka menyendiri, we called him Bad. Tapi kitorang buat dek le, pikir2 maybe dia ada problem. One day Bad ni nak call parent dia dekat telefon lama bawah tangga asrama.

Pengalaman Menakutkan di Asrama Sekolah

Waktu dia tengah telefon tu, dia macam whispering or sembang senyap2. Time tu aku and member aku pon nak telefon. Kami tak dengar pon yang dia tengah call orang. Kawan aku sorang ni dengan gentlenya dia pergi matikan Bad punya call. So dia pon macam usha tajam, marah2 and belah.

Tergamam kitorang kat situ. Aku pon pelik kenapa kawan aku ni buat camtu kat Bad. Bila dah sampai dalam dorm, kitorang usha Bad dah semakin pelik, tidur je memanjang. Bila dia bangun dari tidur, dia akan pergi sudut hujung locker kayu dia.

Pengalaman Menakutkan di Asrama Sekolah

One day tu tiba2 dia tumbuk cermin tingkap sebelah locker dia and monolog marah2 then dia tidor balik. Kami expect dia memang ada problem. Tapi kami pon diam ja. Senior datang la tengok apa yang berlaku. And aku start rasa something tak kena. Dada aku ni rasa sakit camne ntah.

Then satu malamtu kami and batch form 2 ada perjumpaan dengan BADAR (exco surau). Sebab ada budak buat problem. BADAR pon khutbah kat kitorang but with nada yang tinggi (marah2 la). Start ja sorang BADAR dia tengking. Bad pon bangun and menjerit2 lepastu menyepak and tumbuk orang sekeliling, kami dah la la duduk rapat2, memang takleh lari la. Aku time tu pegang quran sebab baru settle surah al-Mulk, bergolek aku dengan quran tu pergi ke penjuru surau. Pastu Bad lari nak keluar surau tu, at the same time  abang2 BADAR ni kejar dia and at the same time jugak aku bukan nampak Bad ni lari sebenarnya. Tapi dia pon mengejar something like shadow kecik kat depan dia. Sampai je kat depan surau antara 2 tiang, dia terpelanting ke belakang sikit sebab ustaz pernah kata diorang pernah pagar surau tu.

Lepastu semua BADAR kepung Bad dekat depan surau, diorang buat bulatan. Time tu, semua budak2 disuruh balik ke dorm masing2, then pintu gril dekat tangga ditutup for oue safety gitu. Time tu budak dorm 15 la paling cuak, takut si Bad ni balik bilik. Semua tidur tak tenang.

But diceritakan oleh senior dan ustaz, after kitorang naik tu. Bad lari ke arah asrama. And dia berlawan dengan jin2 lain (jin baik or jin jahat aku tak ingat mana satu, like army). So mostly student yang blok wing belah seberang nampak kejadian tu berlaku. Tapi kitorang tak.

Pagi tu time kami nak ke kelas, nampak Bad ni tidur kat tangga bawah dalam keadaan duduk. Cuak jugak la nak lalu kat sebelah dia, but i didnt see anything dekat dia selama dia kene rasuk tu. Not inside or around him. Malamtu ada usrah lepas maghribpelajar2 kat surau macam biasa.

Time tu baru aku nampak something weird or creepy dekat tempat imam, antara bilik bilal and bilik BADAR. Seorang pakcik like pahlawan jawa, so old, he look tepat ke arah aku. Jelas, yes jelas sangat2. And aku sorang je nampak.

Pengalaman Menakutkan di Asrama Sekolah

Then one of my Naqib tegur aku. Then Bad pon tegur aku, dia tahu aku nampak bende tu kot. Entahlah. Lepastu Naqib aku panggil Ketua BADAR and beberapa orang lagi bawak aku masuk bilik bilal dengar Bad sekali. Kan aku cakap bende tu ada kat antara bilik bilal tu. Bayangkan perasaan aku nak pergi ke arah dia tu dengan muka dia pandang je aku. Cuak jugak la. Bila dah masuk bilik tu, semua tanya aku kenapa. Aku pon gagap2 cakap aku nampak 'bende' tu. Dorang tanya dia kat mana?. and I said "Dia kat dalam ni bang". huhuhu. Dia dah masuk dengan kitorang tadi. He aim me i guess. Bad ada kat depan aku masa tu, dia kata dia boleh ubatkan, time dia ubat2kan. Dia like kene something cucuk kat badan dia. You know what he said? "Bende tu keluar dari perut kau dayat, dia tikam aku". Aku tak tahu dia nampak or dia bohong aku. Sebab apa yang aku nampak. Pakcik tu kat belakang dia tengah tikam dia and tembus perut. Aku tergamam je tengok. Muka pakcik tu sangat bengis, with kerut2 and reput2 muka dia. I still can imagine him waktu tengah tulis ni. Sejak dari kejadian tu, aku dah boleh nampak macam2 kelibat. Like almost everyday aku nampak.

Nak mandi semua tak senang. One day, kawan aku yang lain, we called him Bulat. Dia pulak meracau, aku baru balik dari kelas time tu, aku tanya kawan aku sebab apa, depa kata dia meracau sebab Bad tiba2 tumbuk locker besi. Maybe dia terkejut and trauma, so dia meracau.

Kes Bulat ni ambil masa lama jugak nak settle, the after aku balik dari solat asar kat surau, aku ingat dah settle. But bila aku masuk dorm aku, aku tengok Bulat dah terlantar kat tilam dia, and Bad tengah ubatkan dia. Tapi bukan tu je yang aku nampak. I saw banyak sangat benda putih kat hujung katil dia, and ada yang kecik duduk main gentel2 kaki Bulat ni. Elok je aku langkah masuk. All of them pandang aku then keluar ramai2 ikut tingkap pecah hujung dorm. But one stay. That is Pakcik yang aku nampak sebelum tu. Aku pon buat2 tak nampak, then aku naik atas katil aku, sebab katil aku double decker, and aku belah atas. Elok je aku duduk, Pakcik tu datang kat aku, kat hujung katil, whispering me something yang aku tak paham langsung. Then aku tak ingat apa. Blank sampai ke malam kot. Kawan aku cerita balik, aku baring and mata terbuka je tak pejam2. Entah. Tak ingat langsung. Start haritu aku dah boleh rasa macam2 kat sekeliling aku. And ada beberapa orang ustaz cuba ubatkan aku but entahla, masih rasa sepanjang kat sekolah tu. Akhir sekali, dorm kitorang dari 20 orang tu, tinggal 8 orang je yang survive, semua tido satu bahagian dorm je. Bad tu pon pindah, and sebelum dia pindah, dia sempat bagitau yang dia kene tu disebabkan oleh ada 'bende' yang berasal dari Jawa terkurung lama dalam locker dorm 15 tu, dia gunakan Bad ni untuk keluar dari situ. Kami tak tahu nak percaya 100% ke tak, so ada yang percaya, ada yang whatever but still seram lah. And banyak lagi kisah dorm 15 and asrama aku yang akan aku ceritakan lain kali. Panjang cerita dia, tapi malas nak tulis. Ni pon ade je ni aku tertinggal rasanya. Huhu. Have fun baca. Ouh btw yang kata tak pernah tahu kes ni, actually kes ni dah lama.. awal 2009.

SUMBER: @th3D4rkS1de

0 Response to "'Dorm 15 Paling Cuak! - Pengalaman Menakutkan di Asrama Sekolah"

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi baca entri ini dan silakan untuk memberikan komen anda. Kami sangat menghargai pandangan atau komen yang akan anda berikan. Sila berikan komen anda dengan cara yang berhemah kerana saya tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis.

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel