"Time Aku Berjalan Tu Macam Ada Benda Ikut" - Pengalaman Seram Kerja di Mall Yang Pernah Terbiar Lama

Pengalaman Seram Kerja di Mall Yang Pernah Terbiar Lama

Ada kisah disebalik mall ni area klang yang hidup cuma cinema je. ramai yang dah kena termasuk aku.

siapa yang tahu mesti dia tahu apa je yang ada dalam mall ni dan apa yang membuat kan dia terus hidup dan ada orang kata dulu mall ni pernah terbiar lama. Kalau da terbiar lama korang pun mesti dah tahu kan apa je yang tinggal dalam bangunan tu dan orang lama cakap dulu tanah tu tempat perkuburan cina yang da lama memang dari dulu tempat tu dah ada yang "tinggal".

Ada jugak berita banyak kes kematian yang berlaku dekat sini antara nya yang terbaru aku tak ingat tahun bila tapi kecoh jugak lah sekejap.


Antara level yang keras level 3 surau perempuan yang paling teruk level 7 tak ramai orang parking sampai level 7 ni sebab kalau parking pun lepas maghrib pastikan kereta dah kena turun bawah kalau tak memang seram laa nak ambik balik.

Kau bayang kan kereta kau sorang je yang ada dekat level 7 tu dan dah pukul 11 mala uishh lain macam rasa dia gelap lampu pun samar samar je level 7 ni paling keras sebab banyak kes bunuh diri dan bunuh kat atas ni.


Cuma kes ni macam tak dihebohkan lah aku cerita ni bedasarkan apa yang aku dengar dan maklumat je aku tak pasti benda ni sahih atau tidak cuma yang paling penting allah yang paling berkuasa percaya pada yang maha esa.

Ok guys tu serba sedikit mengenai mall tu skrang ni aku nak share apa yang aku kena dalam mall ni antara pengalaman pahit pernah aku lalui sepanjang kehidupan aku selama ini.

Ok guys firstly sebelum aku start aku minta maaf awal awal dari segi tulisan bahasa ke sebab first time buat thead panjang2 macamni cerita ini tiada kena mengena yang hidup mahupun yang mati ok mari kita teruskan.

Aku berkerja dalam mall tu dalam 7 bulan jugak laa banyak jugak perkara yang jadi so aku nak share laa kat korang antara benda yanh aku tak pernah share kat orang lain termasuk laa gf aku ok kalau kerja kat wayang ni closing apa semua baru boleh balik.

So hari tu dalam pukul 3.30 pagi laa kalau tak silap tengah siap siap nak blik aku apa semua aku nak tunggu member aku siap kemas aku pergi la lpk hisap rokok dekat tingkat 7 parking lot sambil tengok pemandangan dari atas memang cantik view dari atas.


Sapa yang pernah lepak sini tahu laa view dia macamna tu gambar aku ambik dari google taw lebih kurang laa view dia macamtu memang feel dia lain macam lepak dekat bukit ampang hahaha  ok kita sambung.

Tengah feeling tiba tiba ada bau macam aku tak tahu nak describe macamna nak kata bau wangi boleh jugak nak kata hanyir pun boleh jugak aku tak tahu nak cakap apa aku rilex lagi laaa kan buat macam biasa sambil main fon tiba tiba mcm ada orang pegang bahu gila kau tak cuak memang.

Memang menggigil la kan lutut aku ni terasa macam da tak jejak tanah dah rasa dia tapi aku cuba buat cool aku pandang blkang toleh slow2 tapi takde orang meremang bulu roma aku sunyi diam je aku panggil laa member aku tu diam jugak.

Tak citer banyak trus naik atas lahh kan yang musibat nya kawan aku semua dah takde kat atas tu tinggal aku sorang ya allah kau rasa aku dengan beg dekat dalam bilik rehat nya wallet apa semua nak tak nak kena ambik jugak lahh kan.

Lepas je aku dan ambik barang apa semua aku trus pergi ke lif nak turun time aku berjalan tu aku macam ada benda ikut ye laa mall kosong kau jalan pun rasa bergema tapak kaki tapi macam ada benda ikut aku bunyi dia lain kuat tapak kaki dia bunyi tu.

Ok sampai je depan pintu lif nak hilangkan takut aku bukak lahh fon walaupun kat situ maxis takde lain bajet2 ok lif pun da bukak aku masuk tekan butan G untuk ground floor paling bawah sekali tempat parking motor.

Masa dalam lif nak kebawah tu ya allah rasa lama gila selalu sekejap je mybe sebab takut kowt tu laa lama tu tiba tiba2 dia stop dekat level 3 tapi pintu tak bukak sudah dalam hati aku dah mencarut daaa memang cari nahas laa level 3 ni.


Aku tekan punya tekan terbukak laa pintu tu macam nak luruh jantung aku dibuatnya. Gelap gelita apa lagi menggelibat laa tekan butang tutup  tak nak pulak pintu tu tutup dia main main bukak tutup bukak tutup aku tak tak sampai bila aku fade up.

Aku bermodalkan lampu dekat fon ni aku memang dah nekad nak turun ke tangga sebab dalam hati level 3 nak ke ground floor kena lalu 2 tingkat je so takdelaa jauh mana kan tapi srs memang gelap lampu pun ada tapi kat hujung area tu takde lampu.

Sampai je depan tangga tu aku suluh gelap gila selalu ada je lampu dekat tangga tu nak patah balik kat lif macam tak patut pulak kan dah alang2 turun je laaa masa nak turun tu memang bunyi macam2 tapi tak fikir banyak sepantas kilat aku turun.


Tapi tu laa benda macam tak logik aku rasa macam dah nak sampai tapi tak sampai2 sumpah aku rasa. Macam dah lain sangat dahh waktu ni dalam fikiran aku macam aku kat tempat lain badan dah letih otak pun dah penat aku kluar balik dari tangga kecemasan tu.

Tengok kat atas tu dinding tu tulis level 2 dalam hati aku dah mencarut punya laa lama aku turun baru setingkat je naik lif balik je lahh kan tekan macam biasa lif bukak macam biasa naik je aku doa cepat laa sampai rumah aku dah penat gila dahh ni.

Pintu lif pun tertutp kemas dalam hati aku dah lega aku ingat benda ni da settle dah rupanya dia bawak aku balik naik atas tempat aku turun tu level 7 balik aku da tak tahu nak cakap apa time ni laa benda ni da start kluar.

Aku nampak dia memang pandang aku dari jauh tu kalau tahu tempat karoeke tu ha dia duduk hujung situ pandang aku dari jauh aku da mula menjerit mintak tolong tapi tu laa macam tak lepas suara aku doa jgn cakap semua jenis  doa aku baca.

Dia pandang je aku lama2 makin dekat makin dekat aku dah tak tahu nak buat apa nak lari macam dah terkunci kaki ni nak mintak tolong lagi laa suara da tak nak keluar cuma pejam mata mengharapkan bantuan yang tiba.

Masa pejam mata tu aku dah tak tahu nak fikir apa dah yang aku tahu aku nak balik rumah then lama sikir security gurad nampak aku kat depan toilet trus dia datang dekat aku bawak aku turun dia cakap dia nak check seban ada motor aku kat bawah lagi.

Aku baru sedar dah nak dekat subuh aku dalam mall tu guard tu nasihat kan jgn cuba jalan sorang2 atas pukul 10 sebab benda ni suka main aku dah tak boleh brain daa apa yang dia cakap dia bawak aku turun bagi aku minum air.

Lepas azan subuh baru dia suruh aku balik mandi baru tidur tu la pengalaman yang aku tak boleh lupakan banyak orang mesti tak percaya seban benda ni tak terjadi kepada diri dia cuma yang tahu je tahu.

Sumber: Farhanalys97

0 Response to ""Time Aku Berjalan Tu Macam Ada Benda Ikut" - Pengalaman Seram Kerja di Mall Yang Pernah Terbiar Lama"

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi baca entri ini dan silakan untuk memberikan komen anda. Kami sangat menghargai pandangan atau komen yang akan anda berikan. Sila berikan komen anda dengan cara yang berhemah kerana saya tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis.

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel