Resepi Spaghetti Carbonara Yang Simple Dan Sedap

Resepi Spaghetti Carbonara | Salam sejahtera semua. Ini saya kongsikan kepada anda satu resepi yang ramai orang cari iaitu resepi spaghetti carbonara.

Resepi Spaghetti Carbonara Yang Simple Dan Sedap

Bahan-bahan diperlukan untuk masak spaghetti carbonara:

  • 1/2 bungkus spaghetti (tidak kisah apa jenis pun)
  • 1 tin sos carbonara Prego
  • Sedikit isi ayam atau daging
  • Bawang putih (cincang)
  • Bawang merah (cincang)
  • Mushroom butang (dihiris)
  • 1/2 cawan susu segar
  • Sedikit daun parsley
  • Garam secukup rasa
  • Lada sulah

Cara-cara menyediakan dan memasak spaghetti carbonara:

  1. Macam biasa laa spaghetti di rebus. (letak sedikit margerin@minyak untuk elak dia melekat). Toskan dan asingkan.
  2. Tumiskan bawang putih dan merah tadi. dah naik masak masukkan daging kisar tadi. sampai ia masak ok.
  3. Masukkan sos carbonara kacau bersama-sama dengan daging tadi.
  4. Masukkan mushroom tadi dah gaul hingga sebati.
  5. Nampak sudah pekat sikit masukkan susu segar tadi sedikit demi sedikit sampai ia berkrim.
  6. Letakkan garam sedikit dan lada sulah untuk perasanya,
  7. Untuk hiasan letak daun parsley di atas sos tuu tadi bila dihidangkan.
Iklan Atas Artikel
Iklan Tengah Artikel 1
Iklan Tengah Artikel 2
Iklan Bawah Artikel