Pengalaman Seram Diganggu Hantu Asrama

Pengalaman Seram Diganggu Hantu Asrama

Title : "LOCKER USANG"

Kejadian berlaku masa aku form 3. Untuk pengetahuan, aku sekolah asrama penuh premier yg dh berusaha lebih 100 tahun dh bangunan tuh. Dari zaman british, masuk jepun buat jadi markas , bangunan sekolah tu dah ada.

So mmg byk cerita2 hantu yg aku dengar dari senior sejak aku masuk skolah tuh. Pantang larang pun banyak.

Tapi kejadian berlaku kat aku sendiri. Malam tu, Ahad malam isnin. Esok nya hari sekolah. Dorm aku katil dua tingkat. Aku katil bawah.

Malam tuh membe sebelah katil aku kosong. Dia every weekend blk rumah sbb rumah dekat dgn asrama. Tapi mlm tuh dia belum sampai lagi.

Malam tu aku tdo awal. Ak tido songsang. Maksud dia, kaki aku kat bahagian tempat letak bantal kat katil. Kepala kat hujung katil.

Senior mmg selalu tegur jgn tdo terbalik. Nnt kene kacau. Tapi aku peduli ape benda2 karut camtuh.

Tapi sbb panas, nk tdo betul2 bwh kipas, so aku tido songsang.
Jam 2 pgi aku terjaga, membe katil sebelah baru samapai dr rumah. Aku dgn mamai2 pun tegur la dia.

Apesal lambat? Dia cakap kelas piano dia lambat habis, tu yg lambat. Lepas dia kemas barang dia sikit dlm locker, dia ckp nk g toilet jap pastu nnt sambung borak.

Lpas dia keluar je dr dorm nk pegi toilet, aku pun xleh nk tdo balik.

Sambil2 baring, aku pun pusing2 badan tgk sekeliling dorm. Lepas aku pusing je balik badan kearah locker membe sebelah aku tu, tiba2 dh terpacul satu lembaga hitam tgh berdiri depan locker membe aku tuh.

Jarak ngan aku dlm selangkah je. Mmg jelas aku Nampak lembaga hitam tuh berdiri sbb ada bias cahaya lampu jalan dgn lampu koridor. Macam org minyak pun ada. Nampak bentuk sume Cuma xde raut wajah je.

Mmg tergamam aku. Tak bole nk buat ape. Pastu tiba2 dgn perlahan2 lembaga tuh bukak locker membe aku tuh td. Then selangkah kaki dia masuk dalam locker, pastu mencangkung dlm locker membe aku. Pastuh tangan dia keluar and tarik pintu locker sampai tertutup.

Aku yang tercengang nih mmg tgk dgn pasrah je. Nak buat apa pun xmampu sampai la membe aku tuh blk dr toilet. Lpas dia sampai je kat katil aku bole berdiri. Ak pun cerita kat kat dia.’Wey, ada benda masuk dlm locker ko’.

Dia pun dgn tergamam tanye benda apa. “Benda hitam, pastu dia tutup dari dlm.” Bukak la weyh tgk benda apa. Aku suruh dia. Tapi dia xnak sbb dia ckp aku yg Nampak, aku la yg bukak.

Sebab nk tau punya pasal, kita org amik penyapu. Nk kuis ngan penyapu nk tgk apa dlm locker tuh. Slow2 kitaorg try sambil baca la ayat2 apa yg tau. Lpas kuis je locker tuh sampai terbukak, Alhamdulillah xde pape.

Pastu membe aku ckp xde pape pu. Dia rilek sambung kemas locker dia pastu tdo.

Ak yg tercengan nih terus amik bantal tukar position tido. Pastu ngadap tempat lain tak tengak locker dia.

Aku pon paksa diri untuk tido. Membe aku semua dah lelap elok dah. Tinggal aku je berkedip kedip mata paksa tido.

Jam menunjukkan pukul 3 pagi. Aku terdengar mcm org tgh main cakar2 locker dari dalam.
Takkan aku nak pusing kan. Memang tak ah. Aku buat bodo jelah.

Lagi aku buat bodo, lagi kuat bunyi cakar cakar tu. Locker asrama aku ni bukan locker besi, tapi locker kayu. So paham paham la bunyi mcm org main bukak tutup krekkkkkkkkk~

Dulu, warden ada bukak cerita jugak. Dulu bangunan ni kosong and takda penghuni. Sebab pelajar asrama guna blok depan dengan tengah je. Blok belakang tak guna dekat 3 tahun. Sebab dia aku pon taktau.

Tiba tiba, aku ada dengar orang minta tolong nangis2 siap mcm pukul2 locker membe aku tu.  Aku taktau samada aku sorang je dengar ataupun semua org dgr. Tapi membe aku semua dah tido lelap. Tinggal aku ja time tu masih melayan bunyi2 pelik kat sekitar aku ni.

Aku cuba pusing kearah locker membe aku ni. Aku rasa dia dah kunci dh tadi sebelum si membe aku ni tido. Tapi!, masatu aku tengok locker membe aku ni terbukak luas weh!. Bukan terbukak luas ja, tapi siap pintu locker tu bergerak mcm seakan baru sahaja orang bukak locker tu.

Aku pon lagi banyak tanda tanya lagi aku nk tengok benda apa padahal hati ni meronta nk jerit.

Aku cuba paksa bukak dlm keadaan paksa. Aku tgok takda apa apa pon. Aku tolak la balik locker membe aku tu. Then aku balik kat katil. Aku pusing balik, locker dia still terbukak.

Aku cuba paksakan diri jalan slow2 kentalkan hati sambil mata aku bukak tapi kecikkan mata. Hati tu memang dup dap dup dap. Aku cuba tolak perlahan lahan locker tu.

TAPI!

Locker tu tak bole tolak sampai rapat!
Seakan mcm terbelaga dgn something yg tak membolehkan tutup rpt.

Lagi aku paksa, lagi kuat tolakan yg dirasai.

Aku cuba intai slow2, nk tgok apa. Terkejutnya aku!

Ada susuk tubuh, duduk mcm "kalah judi" kepalanya pusing betul2 kearah aku! Sambil nangis!

Masatu aku betul2 terkedu. Mengigil.

Aku berlari ke arah katil membe aku la.

Aku gerak kwn aku sampai dia bangun. Aku suruh kawan aku bukak lampu. Masatu satu bilik terjaga. Then aku tgok locker tu terkunci rapat!

Aku tak ceritakan lagi apa yg aku nmpk tadi. Sebab aku tau deorang takkan percaya apa yg aku akan cerita.

Mula dari pagi tu sampai la kesubuh, aku dgn membe tido dgn keadaan lampu bukak.

Subuh tu kami semua turun surau. Masatu ada warden2 apa semua. Habis zikir doa, aku terus pergi dekat warden aku. Aku cerita apa yg aku nampak pagi tadi.

Warden aku ckp, dulu mmg ada kes dekat bangunan yg aku ngan membe duduk. Sebab tu 3 tahun tak digunakan.

Dengar cerita, kes ni berlaku disebabkan seorang pelajar tak nak turun prep. Deorang memang diwajibkan turun. Tapi ada sorang ni dia taknak join prep.

So, dia suruh membe dia kunci dia dalam satu locker ni. Supaya nanti bila warden pergi check bilik ke bilik, dia tak kantoi. Then dia ambil jalan mudah dengan menyuruh membe dia kuncikan dia.

Habis saja prep, depa semua ada rawcall. Masatu warden cakap something la sampaikan pukul 11.30. Habis ja rawcall, semua dibenarkan naik ke atas.

Tapi!

Membe dia ni suka tido bilik sebelah. Then, sampai deorang lupa yg membe dlm locker berkunci tu.

Keesokkan hari, hari last depa kesekolah. Maksudnya hari jumaat, then depa akan cuti seminggu.

Aku taktau kenapa si budak yg berkunci dlm locker tu tak ketuk2 ka minta tolong ka apa semua. Maybe dah pengsan sebab locker tu mmg takda udara kalau berkunci.

Membe dia langsung tak teringat locker berkunci tu,

Depa pi kelas mcm biasa. Depa dgn budak dlm locker tu lain2 kos, so lain2 kelas la. Warden ckp, depa tak teringat sebab membe yg berkunci ni selalu jugak tido kat dorm atas. So kewujudan dia mmg kdg ada dlm dorm kdg xda.

Habis ja kelas, semua org kemas2 barang sebab nak balik cuti sem (seminggu).

Dah habis seminggu tu, salah sorang dari budak dorm tu ada terbau something. Mcm bau busuk. Dari locker tepi katil membe dia.

Then, 2 org membe tu baru teringat yg depa ada toling kuncikan sorang budak dorm dalam locker sebelum turun prep khamis minggu lepas!

Depa tengok sama sendiri. Then ada sorang membe depa ni tanya "kenapa bau kat locker aiman ni,  aiman tak blik hostel lagi eh"

Masatu mmg dua org tu tercengang and mmg takut2 la. Then selalu si aiman ni letak kunci bawah tilam. Then salah sorang membe dia capai kunci and bukak locker budak tu slow2.

Alangkah terkejutnya, depa nmpk si aiman tu terhimpit dalam locker dgn kurus keringnya dan tak bernafas.

Time tu sorang dari si membe lari dapatkan warden dan cerita hal yg terjadi.

Lepastu, aku taktau apa yg terjadi. Kenapa locker tu still menghantui and mengganggu.

Yg pasti, lepas apa yg aku cerita dekat warden lepas subuh tu,

Warden terus call ustaz and ustaz suruh sama2 angkat locker tu dan bakar.

Then kami semua disuruh tido dekat blok sebelah sbb blok yg kami duduk ni ustaz nk buat 'pagar'.

Keesokkan haritu, kami kena tido bilik kami balik. Membe aku dpt locker baru. Locker besi. Dia sorang ja yg locker besi. Tapi, kau bagi la locker besi ka locker kayu ka, aluminium ka, kaca ka.

Sebabkan kes yg jadi, aku takut nk tido berdekatan locker. Tiap malam aku akn rptkan katil dgn membe and tido sekali.

Mmg psl tu aku takkan lupa. And still menghantui dalam pikiran aku. Kdg2 angin tolak locker kawan smpai terbukak pon, aku still akn bayang ada org dlm tu.

Wallahualam.

The end. Maaf if tak berapa sempurna

Yang baik dtg dari-Nya, yg kurang dari diri sendiri.

Thanks sudi baca. ❤❤


SUMBER: @themiemiemie

0 Response to "Pengalaman Seram Diganggu Hantu Asrama"

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi baca entri ini dan silakan untuk memberikan komen anda. Kami sangat menghargai pandangan atau komen yang akan anda berikan. Sila berikan komen anda dengan cara yang berhemah kerana saya tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis.

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel