Koleksi Ucapan Hari Raya Aidilfitri Terbaik 2020

Ucapan Hari Raya Aidilfitri

Disini saya kongsikan kepada anda semua, koleksi ucapan selamat hari raya paling terbaik yang anda boleh ucapkan kepada kawan baik atau sahabat, abang, adik, kakak atau sesiapa sahaja.

Koleksi Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri

Tangan dihulur maaf dipinta,
Erat hubungan sesama kita,
Semoga gembira di hari yang mulia ini,
Salah dan silap harap dimaaf,
Selamat Hari Raya Aidilfitri,
Maaf Zahir dan Batin.

Kata Al-Ghazali : yang jauh itu WAKTU,yang dekat itu MATI,yang besar itu NAFSU,yang berat itu AMANAH,yang mudah itu BERBUAT DOSA,yang panjang itu AMAL,SOLEH yang indah itu SALING MEMAAFKAN”Salam aidilfitri maaf zahir dan batin”.

Pulau Pandan jauh ke tengah,
Gunung Daik bercabang tiga,
Makan sudah bersalam pun sudah,
Duit raya takkan dah lupa.

Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi,
Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa,
Dalam kelembutan lidah ada juga keterlanjuran kata,
Dalam gurau senda sudah tentu ada khilaf dan dosa.
Mohon Ampun Zahir Dan Batin – Selamat Hari Raya AidilFitri

Kian Berlabuh Tirai Ramadhan,
Lambaian Syawal Kian Dinanti,
Luhur Hati Ikhlas Kemaafan,
Semoga Kesalahan Dimaafi,
Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin.

Ramadhan telah kita tinggalkan, hampir menjelma syawal mulia.
Aidilfitri berbahang gembira, di sambut dgn rasa suka.
Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin

Salam Akhir Ramadhan dan Salam Lebaran
Semoga Allah menerima seluruh amal ibadah kita sepanjang bulan Ramadhan ini.
Ramadhan bakal pergi meninggalkan kita. Namun lambaian Syawal pula menanti di sana. Dengan luhur hati ikhlas kemaafan, semoga silap dan salah mohon di ampuni. Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin.

Raya pertama cantik berseri, 
Berbaju kurung bagai puteri,
Duit Raya jangan lupa diberi,
Selamat Hari Raya Aidilfitri.

Cahaya ramadhan berlalu pergi,
Menyambut tibanya Aidilfitri,
Ampun maaf segala peri,
Semoga ikatan kekal dihati.
Selamat Hari Raya Maaf zahir batin.

Jika jiwa sebening air,
maka jangan keruhkan.
Jika hati seputih awan,
jangan mendungkan.
Raih kemenangan dengan saling bermaafan.
Selamat Hari Raya Aidil Fitri.

Di Aidil Fitri Mulia,
Maaf Dipinta andainya TERkasar Bahasa,
TERsilap bicara,
TERmarah yg x kena,
TERtanya yg x tentu hala,
TERsasul yg x sengaja,
TERpukul kat mana2,
TERpinjam harta benda,
TERmoody x semena2,
TERumpat bila2 & macam2 lg yg TERsalah & TERsilap,
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI.


Sumber: theinspirasi.mymysumber.com, ilike4u.blogspot.com