3 Resepi Nasi Ayam Simple Dan Sedap Yang Patut Anda Cuba

3 Resepi Nasi Ayam Simple Dan Sedap Yang Patut Anda Cuba | Dalam artikel ini saya akan kongsikan kepada anda 3 resepi nasi ayam yang paling popular atau pastinya yang paling mudah dan sedap.

Berikut merupakan koleksi resepi nasi ayam yang anda boleh cuba.

Senarai Kandungan [Show]

1. Resepi Nasi Ayam Sedap Mabeless

resepi nasi ayam sedap mabeless

Bahan-Bahan Untuk Nasi
  • Beras
  • Penumis 4 sekawan
  • Butter
  • Bawang besar
  • Bawang putih
  • Halia sedikit
  • Kiub ayam
Bahan-Bahan Untuk Ayam
  • Ayam segar ( potong 4)
  • Perencah secukup rasa
  • Kicap soya cair
Bahan-Bahan Untuk Sup
  • Penumis 4 sekawan
  • Sup bunjut
  • Tulang ayam, kaki ayam
  • Daun sup, daun bawang
Bahan-Bahan Untuk Sos Lada
  • Cili besar merah
  • Bawang putih 2 ulas
  • Sedikit gula
  • Garam
Hiasan lain
  • Tomata
  • Salad
  • Bawang goreng
  • Timun
Cara Masak Nasi Yang Sedap
  1. Basuh beras dan toskan.
  2. Masukkan butter sedikit dan tumiskan 4 sekawan dengan bawang putih, merah dan halia yang dah ditumbuk halus.
  3. Dah naik bau bahan tumis tadi, masukkan beras. Masukkan air dan masukkan kiub ayam.
  4. Masakkan nasi seperti biasa.
Cara Masak Kuah Sup
  1. Tumiskan dengan bahan bahan diatas. Masukkan bahagian tulang, tengkuk dan kaki ayam tadi.
  2. Masukkan air, sup bunjut dan perasakan dengan garam.
  3. Didihkan semua hingga masak.
Cara Kuah Sos Cili
  1. Blend kan cili besar ikut berapa biji nak. Masukkan sekali bawang putih. Jangan banyak nanti rasa pahit kalau letak banyak bawang putih ni.
  2. Letakkan sedkit gula dan garam. Perasakan dulu.
  3. Didihkan kuah sehingga sos masak.
Cara Goreng Ayam
  1. Ayam yang dah siap basuh kene tos sekejap air dia ye. Gaulkan sedikit dengan serbuk secukup rasa. Kunyit tak perlu tau. Jangan letak pulak nanti dah tak sedap. Kalau dapat perap dulu ayam tu dengan serbuk secukup rasa sebelum masak yang lain lain.
  2. Masa nak makan baru siram dengan kicap cair tu ye.
  3. Dah siap semua boleh tabur nasi dan ayam goreng dengan daun sup dan nasik.
  4. Siap.
Kredit: Saleha Maarof

2. Resepi Nasi Ayam Meraung

resepi nasi ayam meraung

Cara Masak Ayam
  1. 1 ekor ayam (potong 4) direbus separuh masak bersama halia dan akar ketumbar.
  2. Perap ayam dengan bawang putih, halia, kicap dan sos tiram.
  3. Bakar ayam dalam oven/airfryer suhu 180deg selama 30min.
  4. Bila ayam masak golekkan ayam pada lebihan minyak yang keluar dari ayam untuk efek berkilat.
Cara Masak Nasi
  1. Gunakan air rebusan ayam.
  2. Sukat ikut berapa banyak beras yang nak dimasak.
  3. Tambah butter, sedikit serbuk kunyit, kiub ayam, halia dan daun pandan.
Kuah Kicap
  1. Gunakan air perapan ayam tadi.
  2. Tapis buang hampas bawang putih dan halia.
  3. Tambah sedikit air rebusan ayam dan sos tiram
  4. Panaskan hingga mendidih.
Sambal Meraung
  • Sos ikan
  • Air Asam Jawa
  • Perahan Limau Nipis
  • Gula Kabung / Nisan Thai
  • Serbuk Cili Kasar
  • Beras Goreng
  • Daun Ketumbar (Cincang)
  • Akar Ketumbar (Cincang)
  • Cili (Cincang)
  • Bawang Merah (Cincang)
Kredit: Airuz Zuria

3. Resepi Nasi Ayam Sedap

resepi nasi ayam sedap

Resepi ini adalah untuk sesuai untuk 4 orang makan.

Bahan Untuk Ayam (Direbus)
  • 1 ekor ayam dipotong 8
  • 2 ulas bawang putih, ditumbuk halus
  • 2 cm halia, ditumbuk halus
  • 1 kiub ayam
Bahan Untuk Ayam (Diperap)
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 cm halia, ditumbuk halus
  • 2 ulas bawang putih, ditumbuk halus
  • 1 sudu besar kicap cair
  • Sedikit madu untuk sapuan
Bahan Untuk Nasi
  • 3 cawan beras
  • 4 cawan air rebusan ayam
  • 2 sudu besar butter
  • 1 cm halia ditumbuk halus
  • 3 ulas bawang putih ditumbuk halus
  • Sedikit garam
  • 2 bunga lawang*
  • 4 buah pelaga*
  • 1 kayu manis*
  • 1 batang serai ketuk
  • 2 helai daun pandan
  • Sedikit kunyit untuk warna dan aroma
Bahan Untuk Sos
  • 5 biji cili merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 cm halia
  • 1 sudu besar cuka
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu teh gula
  • 1/2 cawan air rebusan ayam
Bahan Untuk Sup
  • Air rebusan ayam
  • 1 biji bawang besar, dikisar
  • Rempah sup bunjut
  • Garam
  • Daun sup dan daun bawang yg dihiris
Bahan Untuk Kuah Kicap
  • Kuah kicap perapan ayam di atas
  • Kicap manis cap kipas udang
  • Sedikit garam
  • Air rebusan ayam
Cara Penyediaan Ayam
  1. Bersihkan ayam, toskan air dan lumurkan dgn 2 ulas bawang putih dan halia yg diketuk.
  2. Rebus ayam bersama 1 kiub ayam sehingga empuk.
  3. Angkat ayam dan perap dengan bahan perap selama 1/2 jam (rujuk bahan perap untuk ayam)
  4. Kemudian goreng dalam kepanasan api sederhana seketika, angkat dan sapukan dengan madu.
Cara Untuk Memasak Nasi
  1. Basuh beras dan tos air.
  2. Panaskan butter lalu tumiskan rempah tumis(*), daun pandan, serai, halia serta bawang putih hingga garing.
  3. Masukkan beras dan masak seketika sehingga naik aroma dan bau. Masukkan air rebusan ayam, garam dan kunyit secukupnya. Masak nasi seperti biasa.
Cara Untuk Memasak Sup
  1. Rebus air rebusan ayam bersama rempah sup bunjut, bawang besar, dan masukkan garam secukup rasa.
  2. Taburkan dengan bawang goreng dan hirisan daun sup.
Cara Untuk Memasak Sos
  1. Kisarkan semua bahan di atas (boleh juga dimasak sebentar untuk menaikkan aroma)
Cara Untuk Memasak Kuah Kicap
  1. Campurkan semua bahan untuk kicap dan masak seketika. Sejukkan sebelum dihidang.
Tips:
Pastikan ayam tidak direbus terlalu lama kerana nanti apabila di rebus terlalu lama isi ayam akan mudah hancur ketika menggoreng.

Kredit: Najwa Zulkifli

Itulah 3 resepi nasi ayam yang anda boleh cuba buat sendiri. Sekian.
Iklan Atas Artikel
Iklan Tengah Artikel 1
Iklan Tengah Artikel 2
Iklan Bawah Artikel