Resepi Roti John Yang Pasti Buat Anda Terliur

Resepi Roti John | Salam sejahtera semua. Ini saya kongsikan kepada anda satu resepi yang ramai orang cari iaitu resepi roti john.

Resipi Roti John

Resipi Roti John

Bahan-bahan untuk menyediakan roti john:

  • Roti john/roti oblong (belah tengah)
  • Daging kisar ramly (daging burger pun okay)
  • Bawang merah,cili merah, cili api 
  • 2-3biji telur
  • Planta
  • Sos cili
  • Mayonis
  • Thousand island
  • Sayuran : timun, kubis
  • Sedikit garam

Cara-cara untuk menyediakan roti john:

  1. Satukan telur, daging, dan bawang hiris, cili hiris dan juga garam. Ketepikan. (nak goreng dulu daging tu pun boleh)
  2. Sapu roti dengan planta . Ketepikan.
  3. Sapu kuali dengan sedikit planta, masukkan daging tadi dan biarkan dging tu sampai masak.
  4. Tekapkan roti tersebut diatas daging tadi. Biarkan sekejap baru diterbalikkan.
  5. Bila sudah masak, baru angkat dan letak sayur dan sos yang ada. Siap dipotong. mudah kan?

Sumber - Facebook - Tengku RosElyza Raja Muhammad
Iklan Atas Artikel
Iklan Tengah Artikel 1
Iklan Tengah Artikel 2
Iklan Bawah Artikel