Resepi Donut Lembut dan Gebu Viral

Resepi Donut Lembut dan Gebu | Salam sejahtera semua. Ini saya kongsikan kepada anda satu resepi yang ramai orang cari iaitu resepi donut yang gebu dan lembut.

Resipi Donut Gebu

Bahan-bahan

  • 500g tepung high protein/tepung roti/tepung gandum (saya guna high protien) 
  • 11g instant yis/mauripan
  • 60g gula
  • 5g garam halus
  • 70g marjerin/shortening (saya guna 40 marjerin dan 30 shortening)
  • 100g susu cair (saya tak guna)
  • 1 biji telur (tak letak pun boleh )
  • 140g air+ais (campur air sejuk 100g ganti susu cair tadi jadi total 240g)

Cara-cara

  1. Campur semua bahan dalam mixer, putar dengan kelajuan sederhana sehingga semua nampak sebati. Kemudian tukar ke high speed. Putar sehingga elastik. Saya putar dalam 30 minit. Kalau nak uli tangan pun kena uli sampai elastik.
  2. Bila dah dapat adunan yang elastik. Perap 45minit di dalam bekas yang di sapu butter terlebih dahulu. Kemudian tumbuk keluarkan angin dan terus timbang ikut berat yang kita nak. Timbang doh 40g lepas tu rounding bagi menghasilkan donut yang lebih lembut.
  3. Biarkan doh selama setengah jam kemudian boleh lubangkan donut guna nozel, kalau size besar guna je penutup botol.
  4. Dah siap buat lubang biarkan selama 30 minit atau donut tu kembang sekali ganda.
  5. Panaskan minyak, kemudian masukkan 1-2 sudu shortening dalam minyak. Minyak dah panas boleh lah goreng donut dengan api sederhana. Sekali balik je tau, kalau tak donut serap banyak minyak. Memang pantang larang dia dan utk hasilkan ring yang cantik. Jgn byk kali balik donut.
  6. Donut dah sejuk boleh la golek dalam snow powder/gula castor/gula icing/coklat cair.

Credit: Facebook  - Tuan Adriana Arissa

Iklan Atas Artikel
Iklan Tengah Artikel 1
Iklan Tengah Artikel 2
Iklan Bawah Artikel