5 Resepi Roti Homemade Yang Mudah Dan Sedap

Koleksi resepi roti homemade yang paling mudah dan paling sedap untuk disediakan yang wajib untuk anda cuba sendiri di rumah.

Kalau minum kopi, roti memang padanan yang sedap tak terkata. Biasanya kita beli roti di kedai runcit. Tetapi lepas ni, apa kata kita buat sendiri menggunakan beberapa resepi roti homemade ini.

Berikut merupakan koleksi resepi roti homemade yang anda boleh cuba.

Senarai Kandungan

1. Resepi Roti Lembut


resepi roti lembut

Bahan-Bahan
  • 1 paket yis
  • 1 cawan air suam
  • 4 cawan tepung gandum
  • 5 sudu gula
  • 2 sudu susu pekat
  • 2 sudu majerin/planta
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 biji telur (dikacau)
Cara-Cara
  1. Bancuh yis dengan air suam shingga berbuih.
  2. Campur tepung dengan telur, planta, gula, garam, susu pekat dan gaul sehingga sebati dan masukkan air bancuhan yis tadi dan uli sehingga doh tidak melekat ditangan. Lagi lama uli lagi lembut roti tu (20min uli). Rehatkn doh dan tutup selama sejam biar kembang 2x ganda.
  3. Bila doh sudah kembang tumbuk-tumbuk doh itu untuk keluarkan angin.
  4. Selepas itu, uli sekali lagi shingga menjadi licin dan bolehlah susun dalam loyang.
  5. Tunggu sehingga doh tu kembang. Sapu dipermukaan doh itu telur kuning dan tabur gula dan baru boleh dibakar dengan suhu 170 20minit.
  6. Bila sudah masak sapu dengan planta. Siap.
Kredit Resepi : jaa homemade

2. Resepi Roti Sarang Lebah

resepi roti sarang lebah

Bahan-Bahan
  • Air + 1 biji telur = 265g (timbang bersama)
  • Tepung roti hi protein 500g
  • Gula 100g
  • Susu tepung 40g
  • Butter 80g
  • Yis 11g
  • Bread softener 1/2 sk (boleh juga diganti dengan Shortening 1sudu kecil)
  • Bread improver 1/2 sk (boleh juga diganti dengan Shortening 1sudu kecil)
Cara-Cara
  1. Masuk semua dalam bread maker. Biarkan bread maker uli selama 30 minit.
  2. Keluarkan. Bentukkan bulat-bulat sebesar buah langsat atau timbang 18gm. Kalau bekas kecil, saiz bola boleh buat 15gm. Gunakan penimbang digital.
  3. Susun dalam bekas yang telah disapu majerin.
  4. Biarkan dalam 1jam 30minit untuk doh mengembang 1x ganda.
  5. Sapu permukaan roti dengan kuning telur.
  6. Tabur dengan kekacang (biji labu, badam slice, bijan hitam)
  7. Bakar dengan suhu 160-170 selama 20-30minit api atas bawah. Doh akan naik lagi 1x ganda. Lebihkan lagi 5-10 minit jika permukaan roti belum perang kekuningan.
  8. Bila sudah masak, keluarkan dari oven, terus sapu dgn butter supaya ia nampak kilat.
  9. Bila roti sudah suam-suam, curah sos.
Sos Butterscoth
  1. Panaskan 1/2 cawan gula perang dengan 2 sudu besar butter. Kacau dengan whisk hingga cair dan berbuih.
  2. Masukkan 2 cawan whipping cream sedikit demi sedikit. Kacau sebati. Reneh supaya sedikit pekat.
  3. Masukkan 1 penutup essen vanilla. Kacau rata. Tutup api.

3. Resepi Roti Sangkaya Pandan

resepi roti sangkaya pandan

Bahan-Bahan
  • 2 helai daun pandan dikisar bersama 1/2cawan air dan tapiskan
  • 1/2 cawan gula
  • 1 cawan susu cair@santan
  • 2 sudu makan tepung kastard
  • Secubit garam
  • 1 sudu teh coconut emulco
  • 1 biji telur
Cara-Cara
  1. Satukan air pandan, gula, susu cair, garam, telur, pewarna dan kastard.
  2. Whisk hingga sebati tak berketul.
  3. Masak hingga pekat dan likat.
  4. Hidang bersama susu cair@santan.
  5. Roti tu kukus 3-5minit sahaja.
Kredit Resepi: Raja Amanina

4. Resepi Roti Benggali

resepi roti benggali

Resepi ini adalah hidangan untuk 4 orang makan.

Bahan A
  • 350g tepung roti
  • 1 sudu besar shortening
  • Secubit garam
Bahan B
  • 120 – 160 ml air suam
  • 1 sudu makan yis serbuk
  • 2 sudu makan gula castor
Cara-Cara
  1. Semua Bahan A digaul sebentar. Bahan B digaul bersama.
  2. Campur bahan A dan B, uli hingga licin dan lembut.
  3. Perap hingga naik 2 kali ganda. Sekitar 30-40 minit.
  4. Kemudian tumbuk-tumbuk untuk keluarkan angin, Bahagi kepada 2 bahagian dan susun dalam bekas yang telah digriskan.
  5. Perap lagi hingga naik 2 kali ganda semula. Bakar 180 c selama 20-30 minit.
  6. Enak dimakan bersama kacang pool, sup tulang, atau pun kari ayam. Selamat mencuba.
Tips: Air boleh masukkan sedikit-sedikit dulu takut terlembik adunan.

5. Resepi Roti Manis

resepi roti manis

Bahan-Bahan
  • 850gm tepung high protein
  • 150gm tepung protein sedang
  • 60gm susu tepung full cream
  • 150gm gula
  • 12gm garam
  • 4 biji telur
  • 150gm whipping cream
  • 150gm susu cair
  • 200gm ais batu
  • 16gm yis
  • 150gm marjerin
  • 10gm bread improver (optional)
Cara-Cara
  1. Masukkan semua bahan bahan kering kecuali garam, uli sebati.
  2. Masukkan bahan basah, mix sampai menjadi doh dan masukkan garam serta marjerin.
  3. Uli sampai doh berkilat.
  4. Timbang dan rehatkan doh sebelum di bentuk.
  5. Bentukkan doh dan masukkan ke dalam loyang yang dah di sapu marjerin/shortening.
  6. Sapu susu cair/bahan olesan. Tunggu kembang dan bakar dengan suhu 180c ikut oven masing-masing.
Bahan Olesan
  • 1 biji kuning telur + 40gm susu cair

Itulah 5 resepi roti homemade yang anda boleh cuba. Semoga bermanfaat.
Iklan Atas Artikel
Iklan Tengah Artikel 1
Iklan Tengah Artikel 2
Iklan Bawah Artikel