5 Sifat Buruk Ini Hanya Ada Pada Lelaki Kacak Sahaja

sifat buruk lelaki kacak

Artikel ini sudah pasti akan dibaca oleh sebilangan besar lelaki 'kacak'. Lelaki yang kacak atau hensem ini biasanya mempunyai ramai peminat wanita. Jadi, jika anda jenis yang selalu forever alone, anda bukan dalam kategori lelaki kacak.

Satu pendahuluan yang sangat pedas. Tidak apa, kita teruskan pembacaan mengenai 5 sifat buruk yang hanya ada pada lelaki kacak sahaja.

5 Sifat Buruk Lelaki Kacak

1. Jenis Pilih Bulu

Bila muka hensem, mulalah jadi seseorang yang kuat memilih. Mahu yang cantik sahaja. Konon baru lah sepadan bagai pinang dibelah dua. Takkan lah muka hensem mahu dapat girlfriend rupa biasa-biasa sahaja. Kalau sudah dapat yang cantik, mahu yang lagi cantik.

2. Jenis Kuat Perasan

Kebanyakan lelaki kacak ni jenis perasan. Dia ingat dia tu hensem gila. Tapi, ramai juga yang tak hensem kuat perasan. Konon ramai perempuan sukakan dia.

3. Mesti Jenis Kasanova

Memang tidak pelik jika lelaki hensem ni ada banyak girlfriend dalam satu masa. Tapi jangan seronok sangat, takut-takut dapat pasangan satu spesies baru tahu.

4. Buat Salah Pun Wanita Akan Maafkan

Ini salah satu kelebihan lelaki kacak. Hanya guna ayat manis sahaja sudah boleh cairkan hati wanita. Wanita ni pun satu hal. Kalau lelaki tu sudah curang, tidak kisah lah hensem mana pun, takkan lah mahu terima lagi.

5. Mata Duitan

Bukan wanita sahaja jenis materialistik, lelaki kacak pun sama. Mereka akan gunakan kelebihan wajah mereka untuk menjerat wanita dan jadi kaki kikis.

Itulah 5 sifat buruk yang hanya ada pada lelaki kacak sahaja. Mesti ramai yang terasa kan? Tetapi bukan semua lelaki kacak mempunyai sifat-sifat buruk-buruk ini.

Kalau anda rasa anda seorang yang 'kacak', adakah anda setuju dengan 5 sifat buruk ini?

Baca juga:
Iklan Atas Artikel
Iklan Tengah Artikel 1
Iklan Tengah Artikel 2
Iklan Bawah Artikel