10 Cara Naikkan Followers TikTok 2022

Cara Naikkan Followers TikTok

Salam sejahtera semua. Jadi hari ini saya akan kongsikan kepada anda semua yang memiliki akaun TikTok beberapa tips atau cara yang berkesan untuk anda ikuti bagi meningkatkan followers anda di TikTok.

Ya, walaupun anda sudah cuba post beberapa video di TikTok dan berharap itu boleh meningkatkan follower tapi tidak menunjukkan hasil kan? Jadi saya tahu, ramai pengguna tiktok yang tertanya-tanya atau ingin tahu bagaimana sebenarnya cara untuk mendapatkan lebih banyak peminat dan pengikut TikTok dalam waktu yang singkat.

1. Content Mesti Original

Jika anda post content yang sama seperti yang orang lain buat, itu sangat sukar untuk mendapatkan ramai follower. Anda perlu cari cara yang boleh buat anda menonjol di TikTok, seperti cara pemakaian anda ketika buat video, atau apa sahaja kelainan yang boleh anda buat.

Satu hal yang perlu anda tahu, menggunakan character diri sendiri atau bila anda guna cara anda sendiri pasti akan wujud keunikan pada content anda dan itu pasti boleh buat anda menjadi terkenal di TikTok.

2. Konsisten

Kalau anda tidak konsisten untuk upload video di TikTok, itu akan menyukarkan orang kenal atau tahu kewujudan anda. Anda perlu tahu orang yang follow anda pasti mengharapkan video dari anda. Sebab itu lah diorang follow anda. Pengalaman saya sendiri untuk naikkan follower tiktok ialah dengan update 2hari sekali atau contohnya hari ini saya post video, esok tidak post, lusa post.

3. Guna Sound Yang Popular

Ni tips yang paling berguna. Untuk buat orang suka tengok video anda, anda perlulah menggunakan muzik yang sedang popular supaya orang terhibur. Dan paling penting, anda boleh buat video dengan muzik yang sedang popular itu dengan baik.

4. Kolab Dengan TikTokers Lain

Bekerjasama dengan pengguna TikTok lain adalah kaedah terbaik untuk mengembangkan basis peminat anda, dan juga membantu kandungan anda menjangkau kumpulan orang baru. Fungsi duet TikTok membolehkan anda membuat persembahan dengan pengguna lain tanpa perlu bersemuka.

Lebih baik melakukan duet dengan pengguna yang mempunyai jumlah pengikut yang serupa. Sekiranya anda mempunyai 50 pengikut, anda harus berusaha berkolaborasi dengan pengguna lain yang hampir sama.

5. Belajar Dari TikTokers Lain

Sebelum mula membuat video sendiri, anda sekali lagi harus melayari bahagian FOR YOU. Sebahagian daripada video ini akan mempunyai ratusan ribu, atau bahkan berjuta-juta, likes.

Tanyakan pada diri sendiri: apa yang menjadikan video ini bagus? Mungkin itu kemahiran atau keperibadian pengguna. Walau apa pun, perhatikan prestasi mereka, bersama dengan kesan khas atau alat peraga yang mereka gunakan. Anda boleh menggunakan pengetahuan ini untuk meningkatkan video seterusnya.

6. Gunakan Hashtag TikTok Yang Trending

Untuk membuatkan video anda dilihat oleh lebih ramai orang, anda perlu menggunakan hashtag bila upload video anda.

7. Upgrade Peralatan

Jika anda perhatikan para user TikTok yang popular, mereka tidak merakam video TikTok pada tempat yang kotor, atau dalam keadaan yang gelap. Beberapa user TikTok menggunakan peralatan profesional agar video TikTok mereka kelihatan sempurna di mata followers. Jika anda ingin video TikTok anda tidak bergegar, anda gunakan tripods agar stabil. Peralatan lain yang penting untuk menghasilkan video yang menarik dan berkualiti ialah peralatan untuk lighting dan mikrofon.

8. Follow Orang Lain

Cukup mengikuti pengguna lain sudah cukup untuk mengembangkan rangkaian anda. Apabila anda mengikuti orang lain, itu mendorong mereka untuk memeriksa profil anda.

Ini adalah peraturan internet yang tidak diucapkan untuk mengikuti seseorang setelah mereka mengikuti anda. Sebaik sahaja anda mengikuti pengguna yang mencukupi, pengikut anda akan meningkat dalam masa yang singkat.

9. Tingkatkan Skill Photography

Cara supaya video TikTok anda seperti para pengguna TikTok yang telah terkenal, anda perlu kemahiran sekurangnya basic fotografi yang beetul dan meningkatkan skill shooting kamera anda (walaupun anda pakai hp). Dengan cara itu, video TikTok anda pasti kelihatan profesional.

10. Share Profile TikTok di Media Sosial

Sekiranya anda mempunyai pengikut yang cukup besar di platform media sosial yang lain, anda pasti harus memanfaatkannya. Pengikut anda di laman web itu sudah mengenali anda, yang menyebabkan mereka lebih cenderung mengikuti anda di TikTok juga.

Baca juga: Cara Buat Duit Dengan TikTok

Itu sahaja mengenai cara untuk tingkatkan follower tiktok anda. Perlu anda ingat bahawa tiada kejayaan yang berlaku dengan sekelip mata tanpa usaha. Jadi berusahalah ya. Sekian.
Iklan Atas Artikel
Iklan Tengah Artikel 1
Iklan Tengah Artikel 2
Iklan Bawah Artikel