Bendera Malaysia (Maksud Warna Dan Lambang)

maksud bendera malaysia

Bendera Malaysia melambangkan identiti negara kita yang tersendiri.

Simbol, warna dan lambang pada bendera ini yang dikenali sebagai Jalur Gemilang, masing-masing mempunyai makna khusus yang mewakili identiti Malaysia secara umum.

Sebagai rakyat Malaysia, kita mesti memahami kepentingan semua simbol, corak dan warna pada Jalur Gemilang untuk menyemai semangat patriotisme dalam diri kita.


Nama Jalur Gemilang

JALUR - menggambarkan Bendera Malaysia yang mempunyai 14 jalur merah dan putih. Ia menggambarkan satu haluan yang lurus, hala tuju dan arah yang sama yang dianuti oleh seluruh rakyat dari setiap negeri di negara ini dalam menuju kegemilangan bangsa dan negara.

GEMILANG - bermaksud bercahaya, terang-benderang dan cemerlang. Bendera Malaysia Jalur Gemilang memberi pengertian bahawa jalur atau bendera itu melambangkan kecemerlangan negara dan rakyat Malaysia dalam dalam semua bidang, serta kesungguhan, kegigihan dan kesanggupan rakyat untuk menaikkan imej negara.

jalur gemilang

Maksud Lambang dan Warna Pada Jalur Gemilang

Berikut adalah maksud lambang dan warna pada bendera Malaysia atau Jalur Gemilang untuk pengetahuan kita semua.

Warna Pada Jalur Gemilang

WARNA MERAH - melambangkan keberanian, kegagahan dan kegigihan.

WARNA PUTIH melambangkan bersih dan budi pekerti.

WARNA BIRU - melambangkan perpaduan.

WARNA KUNING - melambangkan kesetiaan rakyat kepada Raja dan Negara.

Lambang Jalur Gemilang

ANAK BULAN - Melambangkan Islam sebagai agama rasmi negara.

BINTANG 14 BUCU - Melambangkan keanggotaan yang sama dalam persekutuan 13 buah negeri iaitu Kedah, Pahang, Kelantan, Johor, Perak, Perlis, Selangor, Negeri Sembilan, Terengganu, Sarawak, Pulau Pinang, Sabah, Melaka dan Kerajaan Persekutuan (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya).

Diharap perkongsian mengenai maksud warna dan lambang Bendera Malaysia ini memberikan manfaat buat anda semua. Sekian.
Iklan Atas Artikel
Iklan Tengah Artikel 1
Iklan Tengah Artikel 2
Iklan Bawah Artikel