7 Maksud Mimpi Gigi Tercabut Atau Patah

Setiap orang pernah mengalami gigi tercabut dan itu memang satu hal biasa yang dialami oleh semua manusia. Namun kalau anda mimpi gigi tercabut, maka mimpi ini memiliki maksud tersendiri.

Ada orang cakap bahawa mimpi tentang gigi ini merupakan petanda buruk bagi orang yang mengalami mimpi tersebut.

Namun, anda tidak perlu risau kerana mimpi gigi tercabut atau patah juga memiliki maksud atau tafsiran yang baik.

Jadi apakah maksud dari mimpi gigi tercabut? Dalam artikel ini saya akan kongsikan kepada anda semua apa maksud mimpi gigi patah atau tercabut.

Berikut saya kongsikan kepada anda maksud sebenar gigi patah, tercabut atau tertanggal yang saya dapat dari beberapa sumber.

1. Mimpi Gigi Bawah Patah

mimpi gigi bawah patah

Berhati-hatilah bagi anda yang mengalami mimpi gigi bawah patah. Hal ini kerana, mimpi gigi bawah patah merupakan petanda anda akan mengalami kesusahan dalam kehidupan.

Jika gigi patah pada bahagian kiri itu ada kaitan dengan pekerjaan, sedangkan bahagian kanan pula membawa petanda bahawa anda akan menderita suatu penyakit.

Selain itu jika gigi yang patah adalah gigi taring, maka maksud akan ada salah satu kenalan anda yang pergi meninggalkan anda.

2. Mimpi Gigi Tercabut Semua

Mimpi gigi patah semua juga dikatakan sebagai sebuah petanda buruk untuk orang yang mengalami mimpi tersebut.

Sebagai contoh, dalam waktu terdekat anda harus membayar sejumlah duit yang besar. Mungkin itu adalah hutang atau denda kepada anda. Jadi penting bagi anda untuk membuat simpanan wang bagi persediaan di hari yang kita tidak boleh jangkakan.

3. Mimpi Gigi Atas Patah

mimpi gigi atas patah

Berbeza dengan dua mimpi sebelumnya, maksud mimpi gigi atas patah ini membawa petanda yang baik.

Anda akan memperoleh rezeki yang cukup besar. Rezeki ini berbentuk benda atau keuntungan dari hasil perniagaan anda.

Baca juga:

4. Mimpi Gigi Geraham Atas Tercabut

Untuk anda yang mengalami mimpi ini perlu berhati-hati kerana ianya membawa petanda yang betul-betul buruk.

Jika anda bermimpi gigi geraham sebelah kanan yang patah maka maksudnya adik anda akan mengalami musibah, sedangkan sebelah kiri maksudnya abang atau kakak anda yang akan mengalami musibah.

5. Mimpi Gigi Geraham Bawah Tercabut

Maksud mimpi gigi geraham bawah tercabut merupakan sebuah pertanda buruk bagi mereka yang mengalaminya.

Jika yang patah ialah gigi geraham kiri maka anda akan ditinggalkan saudara perempuan, sedangkan di bahagian kanan maka anda akan ditinggalkan saudara lelaki anda.

6. Mimpi Gigi Emas

Mimpi gigi emas ini menandakan bahawa anda akan mendapat keuntungan dan kekayaan dalam masa terdekat.

7. Mimpi Gigi Tumbuh

Jika anda mengalami mimpi gigi tumbuh, ia menandakan kebahagiaan yang berbeza. Jika anda sudah berkahwin, maka mimpi ini menandakan anda akan mendapat cahaya mata, tetapi jika anda masih bujang, mimpi ini menandakan anda akan mendapat pasangan yang sesuai.

Itulah beberapa tafsiran mimpi gigi tercabut yang sering membuat kita tertanya-tanya. Semoga tafsiran mimpi di atas dapat mengubati rasa ingin tahu anda selama ini.
Iklan Atas Artikel
Iklan Tengah Artikel 1
Iklan Tengah Artikel 2
Iklan Bawah Artikel