8 Maksud Mimpi Memotong Rambut. Petanda Buruk?

Maksud mimpi potong rambut

Pernahkah anda bermimpi potong rambut? Maksud mimpi memotong rambut selalu dikaitkan dengan perkara dan petanda buruk.

Dalam artikel ini saya akan kongsikan kepada anda 9 maksud mimpi potong rambut.

Maksud Mimpi Potong Rambut

Berikut merupakan 8 maksud mimpi potong atau gunting rambut.

1. Mimpi Potong Rambut Pendek

Erti mimpi memotong rambut pendek dipercayai sebagai petanda baik bagi orang yang mengalaminya. Sebabnya, maksud mimpi potong rambut diertikan sebagai rezeki atau keberkatan yang datang secara tiba-tiba.

2. Mimpi Potong Rambut Jadi Botak

Maksud mimpi potong rambut adalah tanda bahaya. Bahaya itu boleh dalam bentuk bencana, kemalangan, atau jatuh sakit. Anda mengalami mimpi ini kerana kebimbangan tentang sesuatu.

3. Mimpi Memotong Rambut Sendiri

Mimpi potong rambut sendiri, boleh bermaksud anda akan mengalami perubahan dalam masa terdekat. Walau bagaimanapun, ia juga boleh ditafsirkan sebagai petunjuk perasaan keliru dan takut kehilangan dan kesukaran mengawal emosi.

4. Mimpi Memotong Rambut Orang Lain

Seterusnya, maksud memotong rambut orang lain. Mimpi ini adalah petanda bahawa anda akan menemui jawapan kepada masalah yang dihadapi.

5. Mimpi Potong Rambut Bukan Seperti Yang Anda Inginkan

Mimpi potong rambut bukan seperti yang anda inginkan adalah tanda anda harus lebih berwaspada. Sebabnya, boleh ditafsirkan akan ada seseorang yang berniat buruk ingin menjatuhkan kejayaan yang anda dapatkan.

Walau bagaimanapun, ia juga boleh ditafsirkan sebagai petanda yang baik iaitu sebagai dorongan agar anda segera menyesuaikan diri dengan perubahan yang berlaku.

6. Mimpi Dipotong Rambut Oleh Orang Lain

Mimpi ini bermakna akan ada rakan atau saudara mara yang akan membantu anda di masa hadapan dalam mencapai kejayaan.

7. Mimpi Potong Rambut Pada Waktu Malam

Mimpi memotong rambut pada waktu malam adalah petanda buruk. Kerana, akan ada banyak hajat yang mengambil masa lebih lama untuk direalisasikan.

8. Mimpi Memotong Rambut Di Siang Hari

Mimpi potong rambut pada waktu siang adalah petanda baik, di mana dalam masa terdekat salah satu harapan atau hasrat anda akan menjadi kenyataan.

p/s: Artikel yang saya kongsikan ini adalah untuk pengetahuan dan pembacaan semata-mata dan bukanlah sebagai kepercayaan seratus peratus. Sekian.

Artikel berkaitan:
Iklan Atas Artikel
Iklan Tengah Artikel 1
Iklan Tengah Artikel 2
Iklan Bawah Artikel