Resepi Pulut Mangga Harum Manis

Resepi Pulut Mangga Harum Manis | Salam sejahtera semua. Ini saya kongsikan kepada anda satu resepi yang ramai orang cari iaitu resepi perlis iaitu pulut mangga harum manis.

Resepi Pulut Mangga Harum Manis

Bahan-Bahan Untuk Menyediakan Pulut Mangga Harum Manis:

  • 2 biji mempelam Harum Manis masak
  • 1 kg beras pulut - direndam 20 minit
  • 250 gm santan pekat
  • garam secukup rasa
  • 2 helai daun pandan

Cara-Cara Untuk Menyediakan Pulut Mangga Harum Manis:

  1. Sediakan pengukus bersama air untuk mengukus pulut.
  2. Toskan beras pulut yang direndam dan masukkan ke dalam pengukus bersama daun pandan.
  3. Kukuskan pulut selama 10 minit atau sehingga masak.
  4. Sementara itu campurkan santan pekat dengan 500 ml air serta garam secukup rasa dan panaskan hingga mendidih.
  5. Angkat pulut yang dikukus dan gaulkan dengan santan sehingga sebati.
  6. Angkat dan hidangkan bersama mangga masak.
Iklan Atas Artikel
Iklan Tengah Artikel 1
Iklan Tengah Artikel 2
Iklan Bawah Artikel