Koleksi Ayat Pickup Line Yang Boleh Buat Perempuan Cair

pick up line rindu, ayat pickup line deep, pickup line sekolah, pickupline pantun

Mari saya kongsikan kepada anda beberapa ayat pick up line yang boleh buat perempuan cair.

Ayat Pickup Line Yang Boleh Buat Perempuan Cair

"Awak nak tahu apa beza saya dengan rumah ni?"
"Apa dia?"
"Bezanya rumah ni boleh lindung awak dari hujan panas dan saya pula boleh lindung awak dari sunyi dan sepi."


"Tinggi betul KLCC tu! Tapi tetap tak boleh lawan dengan ketinggian saya."
"Maksud awak?"
"Setinggi manapun KLCC tetap tak boleh bergerak tapi tingginya saya boleh jalan sebelah awak."


"Patutlah ramai orang tak suka kat tempat ni."
"Eh kenapa pula tak suka?"
"Sebabnya kat sini tiada sebarang perempuan lain yang boleh setanding dengan kecantikan awak"


"Saya tak sihatlah awak."
"Awak sakit kat mana?"
"Saya sakit kat hati sebab dah terkena panahan cinta dari awak."


"Hmmm... Awak dan bunga ni sangat jauh berbeza!"
"Kenapa?"
"Sebab bunga ni tiba masa akan layu tapi awak akan tetap kembang dalam hati saya"


"Nak tahu kenapa daun pisang tu lebar?"
"Kenapa?"
"Supaya bila hujan bolehlah kita jadikan payung untuk jalan bersama"


"Saya betul-betul tak sangka! Sangat-sangat tak sangka!"
"Eh tak sangka apa pulak ni?"
"Saya betul-betul tak sangka awak secantik ni!!!" (sambil renung tepat ke wajahnya)


"Jom!!"
"Nak ke mana?"
"Jom jumpa tok kadi... saya dah tak sabar nak kahwin dengan awak."


"Awak boleh janji satu perkara dengan saya tak?"
"Awak nak saya janji apa?"
"Awak janji yang awak tak akan pandang orang lain selain saya."


"Esok saya nak pergi jauh.... saya dah nekad! Saya nak pergi juga ke sana."
"Awak nak pergi mana?"
"Saya nak pergi jauhhhh ke dalam dasar hati awak dan tak nak keluar lagi sampai bila-bila."


"Awak nak tahu apa samanya awak dengan madu?"
"Apa dia?"
"Awak dan madu sama-sama manisssss...."


"Awak tahu apa beza awak dengan gula?"
"Tak tahu..."
"Gula dapat maniskan kopi yang pahit, awak dapat maniskan hati saya yang tawar."


"Saya takutlah nak jumpa doktor tu.."
"Janganlah takut... saya kan ada..."
"Sebab awak adalah saya jadi makin takut. Saya takut nanti doktor tu jatuh hati kat awak yang cantik ni."


SUMBER: Abang

0 Response to "Koleksi Ayat Pickup Line Yang Boleh Buat Perempuan Cair"

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi baca entri ini dan silakan untuk memberikan komen anda. Kami sangat menghargai pandangan atau komen yang akan anda berikan. Sila berikan komen anda dengan cara yang berhemah kerana saya tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis.

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel